Kelab Borneo pernah dituduh guna ilmu hitam untuk mara ke final Piala Malaysia


  • Podium
  • Khamis, 26 Okt 2023

Sebahagian aksi menarik Piala Malaysia 2013 ketika Sarawak dituduh mengamalkan ilmu hitam termasuk dakwaan membawa masuk kucing hitam ke stadium. — Agensi

DUNIA bola sepak tanah air pastinya dilihat sering diwarnai dengan pelbagai kerenah bukan sahaja daripada barisan pemain atau pihak pengurusan skuad malah penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan mereka.

Bukan sahaja diwarnai oleh pemain ke-12, malah bola sepak tempatan pernah terpalit dengan kontroversi menggunakan ilmu hitam untuk meraih kemenangan.

10 tahun lalu, Sarawak United pernah dituduh mengamalkan ilmu hitam ketika berdepan Pahang pada separuh akhir Piala Malaysia.

PHG VS SRWK

Sebahagian aksi Pahang menewaskan Sarawak dengan keputusan agregat 4-2 ketika itu. — Agensi

Berikutan perkara itu, Sarawak pernah dilaporkan menggunakan ilmu hitam dalam usaha memburu slot final Piala Malaysia ketika itu.

Meskipun tewas dalam perlawanan ketika itu, Sarawak dilaporkan berjaya mengikat Pahang daripada berpesta gol.

Dalam aksi pertama yang berlangsung di Stadium Negeri, Sarawak ketika itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Bagaimanapun, pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie dilaporkan berkata, kejayaan mengikat skuad Tok Gajah merupakan hasil usaha keras barisan pasukan yang berpangkalan di Borneo itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sarawak ketika itu, Robert Alberts dilaporkan berkata, menggunakan ilmu hitam dalam bola sepak adalah mengarut.

Robert dilaporkan berkata, terdapat penyokong yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan membuat berita palsu bahawa pasukan Sarawak telah meletakkan kucing hitam ke padang sebelum perlawanan berlangsung.

Dia juga dilaporkan berkata, tidak mempercayai kepada ilmu hitam dan berasakan pasukannya boleh bersaing kerana memiliki barisan pemain yang berkualiti.

Tambahnya lagi, kunci utama yang dilakukan oleh anak-anak buahnya adalah konsisten dengan tidak melakukan sebarang kesilapan pada perlawanan tersebut berlangsung ketika itu.

Kisah misteri itu begitupun akhirnya lenyap ekoran ketika beraksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, pasukan Tok Gajah kembali mengatasi Sarawak dengan keputusan 3-1 meskipun terikat 1-1 menerusi agregat sebelum itu.

Kemenangan itu memastikan Pahang layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan agregat 4-2 menewaskan Sarawak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram