Tidak berselindung, legenda Man United bersolidariti buat Palestin


  • Podium
  • Selasa, 17 Okt 2023

Contana beraksi untuk United dari 1992 hingga 1997. — Agensi

LEGENDA Manchester United, Eric Contana tanpa berselindung menunjukkan sokongannya kepada Palestin menerusi platform Instagram peribadinya pada Selasa.

Sokongan daripada bekas penyerang The Red Devils itu berlaku di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Palestin yang telah menyaksikan beribu-ribu orang awam kehilangan nyawa mereka.

Ketika konflik tersebut semakin melarat, pemain, peminat dan pakar dalam bola sepak masing-masing memberikan pendapat mereka menerusi catatan di media sosial dan antara yang menarik perhatian ialah bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil.

Terbaharu, giliran legenda United, Cantona pula memberi pendapat peribadinya mengenai konflik tersebut dengan memuat naik pandangan dari seorang aktivis politik, Najwa Zebian.

WhatsApp Image 2023-10-17 at 19.43.54

Tangkap layar hantaran daripada Contana.

“Mempertahankan hak asasi manusia Palestin tidak bermakna anda pro-Hamas. Mengatakan 'Bebaskan Palestin' tidak bermakna anda anti-Semitisme atau 'ingin semua orang Yahudi tiada'.

"Maksud 'Bebaskan Palestin' memberi makna membebaskan rakyat Palestin daripada penjajahan Israel yang telah merompak hak asasi manusia mereka selama 75 tahun. 'Bebaskan Palestin' bermakna berhenti mengurung 2.3 juta rakyat Palestin di penjara terbuka terbesar di dunia, separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

"Ia bermaksud menamatkan apartheid yang dikenakan oleh kerajaan Israel. ’Bebaskan Palestin' bermaksud memberi rakyat Palestin kawalan ke atas infrastruktur asas di tanah mereka," tulis hantaran yang dimuat naik Contana.

Laporan mengatakan 300 orang awam telah terbunuh di Israel dengan berpuluh-puluh tebusan, manakala serangan balas oleh tentera Israel telah membunuh 313 di Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny tanpa berselindung menunjukkan sokongannya terhadap Palestin apabila gambar profil laman media sosial Instagram ditukar kepada bendera negara yang sedang bergolak itu.

Peminat Celtic sebelum pertembungan Liga Perdana Scotland mereka dengan Kilmarnock juga menunjukkan solidariti untuk Palestin dengan mengangkat sepanduk 'Free Palestine' dan 'Victory to the Resistance'. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram