[VIDEO] Tidak puas tunjuk skil atas padang, Ronaldinho 'kacau' penyokong


  • Podium
  • Sabtu, 09 Sep 2023

Ronaldinho ketika cuba mengganggu penyokong yang meluru berlari ke padang itu. — Agensi

LEGENDA bola sepak dunia, Ronaldinho sememangnya terkenal dengan kemahiran dan kebolehannya 'berseronok' di atas padang sehingga menjadikannya seorang pemain paling menghiburkan di dunia untuk ditonton.

Walaupun kini keadaan menjadi sedikit berbeza sekarang kerana usianya yang semakin lanjut dan sudah bersara namun bekas pemain antarabangsa Brazil itu kembali menjadi sebutan peminat apabila muncul dalam perlawanan untuk Barcelona Legends.

Kali ini, aksi nakalnya tersebar apabila satu rakaman video menunjukkan Ronaldinho berada di tepi padang ketika aksi dihentikan selepas seorang penyokong secara tiba-tiba meluru berlari ke padang untuk cuba menyentuh para pemain legenda itu.

Bekas bintang Barcelona itu tidak dapat menahan dirinya dan ketika penyokong berkenaan berlari ke arahnya, Ronaldinho membuat aksi seperti ingin menghalang lelaki tersebut namun tiba-tiba menjauhkan diri daripadanya.

Ketika pemain yang kini sudah berusia 43 tahun itu melompat semula ke arah berbeza, terukir senyuman di wajahnya seperti menunjukkan bahawa dia seronok bergurau dengan penyokong tersebut.

Lelaki tersebut akhirnya ditangkap dan diseret keluar dari padang oleh pihak keselamatan tetapi momennya menarik perhatian dan tular kerana dilihat terlalu mengikuti gurauan Ronaldinho.

Insiden itu berlaku semasa perlawanan Ronaldinho bermain untuk pasukan Barcelona Legends iaitu sebuah skuad yang terdiri daripada bekas pemain skuad gergasi, Catalan itu.

Mereka menentang pasukan Maccabi Haifa Legends dalam perlawanan di Israel awal minggu ini dengan menyakikan Barcelona menang 5-1 walaupun pada mulanya skuad tersebut ketinggalan 1-0.

Bekas pemenang Ballon d'Or itu juga merekodkan satu jaringan untuk Barcelona Legends. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram