Makin garang di Thailand, lepas 3 game Lira kini tersenarai TOTM bersama Dion Cools


  • Podium
  • Isnin, 04 Sep 2023

Aksi Lira ketika membuat debut bersama Chonburi FC. — Instagram/WillianLira

PENGHIJRAHAN ke bumi Thailand sememangnya mengubah karier bekas pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Willian Lira menjadi lebih positif selepas ramai penyokong di negara itu menyambut baik kehadirannya.

Pemain kelahiran Brazil itu berhasil memikat hati penyokong kelab baharunya, Chonburi FC selepas mempamerkan debut cemerlang bersama pasukan Liga Divisyen Satu Thailand berkenaan.

Dalam perlawanan menentang Trat pada 13 Ogos lalu, Lira membuktikan keupayaannya dengan menyumbat dua gol pada minit ke-54 dan 65 buat Chonburi dan jaringannya itu berhasil memberi satu mata untuk skuad The Sharks.

Bukan hanya menyumbat dua jaringan ketika penampilan pertamanya, malah penyerang berusia 29 tahun itu juga mendapat pengiktirafan lain apabila diletakkan dalam senarai ‘Team Of The Month’ (TOTM) untuk Ogos ini.

Setakat tiga aksi bekas pemain pasukan Liga Jepun, Venforet Kofu itu diturunkan bersama The Sharks, Lira sudah mencetak sebanyak empat jaringan gol dan mengumpul sebanyak 270 minit permainan.

isi dalam

Lira disenaraikan sebagai penyerang terbaik bagi saingan Ogos Liga Liga Divisyen Satu Thailand. — Facebook/ThaiLeague

Tonggak import itu menyertai Chonburi sebagai ejen bebas selepas meninggalkan skuad Sang Kenari secara persetujuan bersama pada jendela perpindahan Jun lalu.

Sepanjang menyarung jersi KDA FC selama setengah musim, Lira berhasil menjaringkan lapan gol dan dua hantaran bantuan dalam 14 perlawanan Liga Super dia diturunkan.

Dalam senarai Team Of The Month itu juga, Lira diletakkan bersama ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools yang beraksi bersama Buriram United juga dipilih sebagai pemain pertahanan terbaik untuk Ogos 2023.

Bersama Buriram United, Cools melengkapkan musim pertamanya dengan cemerlang apabila berhasil memperoleh kejuaraan ‘treble’ dalam saingan Liga Thailand 2022/2023. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram