Aduhai malangnya MU, lagi bintang disiasat selepas Mason Greenwood angkara kerjakan teman wanita


  • Podium
  • Isnin, 04 Sep 2023

Gabriela pernah mendedahkan mengalami keguguran pada Jun 2022 ketika dia dan Antony menantikan anak pertama mereka. — Agensi

SELEPAS empat bulan dilanda kontroversi melakukan keganasan fizikal terhadap bekas teman wanitanya, episod baharu mula menyelubungi tonggak sayap Manchester United, Antony Matheus dos Santos.

Dalam temu bual dengan laman web Brazil, UOL pada Isnin, bekas teman wanita Antony, Gabriela Cavallin memberi bukti termasuk gambar kesan cedera dan tangkap layar mesej mengenai kejadian berkenaan.

Pempengaruh media sosial itu mendakwa bahawa pemain United dan Brazil tersebut menyerangnya sekitar bulan Jun 2022 dan Mei 2023.

Menurutnya, pemain bola sepak itu membaling gelas ke arahnya dan ketika sedang mempertahankan dirinya, dia mengalami luka di jari sehingga menampakkan tulangnya

Gabriela memfailkan aduan polis terhadap Antony di Sao Paulo, Brazil pada Jun 2023 dan difahamkan kini pemain itu sedang disiasat oleh mahkamah Sao Paulo kerana keganasan rumah tangga terhadap bekas teman wanitanya.

Media Brazil, UOL mempunyai akses kepada foto, video, perbualan dan testimoni daripada saksi yang mendedahkan ancaman, ugutan dan serangan fizikal daripada Antony.

WhatsApp Image 2023-09-04 at 21.11.20

Gambar kecederaan pada jari Gabriela. Agensi

Salah satu video siasatan menunjukkan kecederaan yang mendedahkan tulang jari Gabriela.

Menurut laporan UOL juga, wanita yang bekerja sebagai DJ itu juga telah memfailkan aduan terhadap pemain itu kepada Polis Greater Manchester.

Dalam pada itu, Antony sebelum ini mengeluarkan kenyataan pada akhir Jun di laman Instagram dengan menafikan tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Situasi Antony ini adalah yang kedua dialami Man United selepas bintang muda, Mason Greenwood didakwa melakukan keganasan fizikal terhadap teman wanitanya, Harriet Robson.

Selepas ditahan pada Januari ekoran kes berkenaan, akhirnya pemain itu didapati tidak bersalah sebelum Greenwood kini kembali beraksi atas padang sebagai pemain Getafa. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram