SKUAD bawah 23 (B-23) Malaysia memulakan kempen Piala AFF B-23 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi pertama Kumpulan B pada Jumaat.
Pada perlawanan di Stadium Rayong, Thailand itu, skuad muda negara yang dikendalikan oleh E. Elavarasan itu hadir menerusi penyerang Johor Darul Takzim (JDT) II, Fergus Tierney.
Gol pertama hadir selepas pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Malaysia sekali gus disempurnakan Fergus Tierney untuk gol pertama Malaysia.
Manakala, jaringan kedua dari Tierney selepas gagal diselamatkan penjaga gol Indonesia, Ernando Ari pada minit ke-62 permainan.
Susulan kekalahan Indonesia tu, ketua jurulatih Sang Garuda, Shin Tae-yong mempertikai penalti yang diberikan pengadil kepada Malaysia.
Pengendali dari Korea Selatan itu berpendapat bahawa ia sepatutnya tidak menjadi penalti dan keputusan pengadil itu yang mengubah permainan.
"Saya rasa kedua-dua pasukan mempamerkan usaha yang luar biasa. Tetapi saya mahu memberi pendapat mengenai gol pertama Malaysia yang datang daripada sepakan penalti.
"Tiada pelanggaran, pengadil mesti menilainya. Anda perlu sedar, ia bukan penalti. Gol itu mengubah perjalanan permainan,” katanya.
Kekalahan ini menyukarkan lagi peluang Indonesia untuk mara ke separuh akhir. Skuad Garuda sekurang-kurangnya harus berharap untuk mara dengan status naib juara pasukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram