Bekas arkitek tengah TFC pasang niat 'terbalikkan' The Rhinos di Likas


  • Podium
  • Sabtu, 19 Ogos 2023

Shitembi diumumkan sebagai pemain baharu The Cats pada jendela perindahan kedua ini. — Facebook/KuchingFC

MEMBALIKKAN defisit 0-3 bukanlah sesuatu yang mudah namun perancang baharu Kuching City FC, Petrus Shitembi berharap dapat membantu majikan baharunya itu.

Pemain dari Namibia itu berharap pasukannya dapat mencipta sesuatu yang istimewa apabila berdepan Sabah dalam aksi pusingan kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Likas di Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.

Tugas menjadi lebih sukar untuk The Cats kerana Likas sememangnya dikenali sebagai gelanggang keramat Sabah FC dan pasukan pelawat akan mengalami kepayahan di kubu The Rhinos.

The Rhinos memenangi perlawanan pertama 3-0 di Kuching dan mustahil untuk lawan mereka untuk mengubah kedudukan seri.

Shitembi yang berusia 31 tahun mahu pasukannya, II Gattos (The Cats) untuk memberi sumbangan untuk pasukan baharunya itu.

“Kami rakan sepasukan menantikan perlawanan yang sangat penting ini tetapi ia pasti sukar jika melihat kepada keadaannya.

“Kami akan mengambil perlawanan seperti yang lain, pergi ke sana dengan harapan mendapat keputusan lebih baik terlebih dahulu dan memastikan kami memberikan persembahan yang layak,” katanya.

368216801_807728794578554_1559145045865402806_n

Pemain Kuching ketika sesi latihan menjelang aksi menentang Sabah FC. — Facebook/KuchingFC

Kuching City tidak berada pada tahap terbaik musim ini dan berikutan itu mereka terperosok di tangga tercorot Liga Super dengan tujuh mata daripada 18 perlawanan.

Dengan baki lapan perlawanan, kelab berpangkalan di Borneo itu perlu mendapatkan mata maksimum dalam setiap perlawanan bagi mengelak penyingkiran.

Dalam pada itu, bekas pemain Terengganu FC (TFC) menegaskan bahawa keputusannya menandatangani kontrak dengan Kuching City untuk memerlukan cabaran baharu.

“Pasukan tidak berada dalam kedudukan paling baik buat masa ini dan saya fikir ia cabaran untuk membuatkan kami berkembang, jadi situasi ini tidak berbeza.

“Skuad ini sangat mengalu-alukan. Mereka mempunyai cita-cita dan aspirasi dan ia sangat menarik untuk menjadi sebahagian daripada proses itu.

“Saya berharap dapat bekerja keras dan membantu pasukan menamatkan dalam kedudukan yang baik,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram