Acuan JDT dan Sri Pahang, bekas import Perak lahirkan 2 penyerang DNA Nigeria


  • Podium
  • Khamis, 20 Jul 2023

Aksi Firaz (kiri) di samping Kpah ketika menjalani latihan bersama skuad utama Pahang pada Mei lalu. — Facebook/ Sri Pahang FC

PENYOKONG Perak FC pasti mengingati bekas import, Abdulafees Abdulsalam yang pernah menyarung jersi The Bos Gaurus (TBG) Julai 2012 sehingga musim 2014 dan merupakan salah seorang penyerang import terbaik Seladang.

Sepanjang menabur bakti bersama pasukan Utara Tanah Air itu, Abdulafees sudah menjaringkan 21 gol dari 33 penampilannya sebelum memutuskan untuk menyertai MAFFA (Angkatan Tentera Malaysia) dari 2014 hingga pertengahan musim 2017.

Fakta menarik mengenai bekas penyerang Seladang itu, legasi Abdulafees nampaknya akan terus bersambung di bumi Malaysia selepas difahamkan dua puteranya sedang berkecimpung dalam dunia bola sepak domestik.

Abdulafees yang kini bergiat aktif sebagai ejen bola sepak profesional serta scouting (pemantau bakat) itu sebelum ini berkahwin wanita tempatan, Khadijah dan dikurniakan empat cahaya mata.

isi dalam JDT

Firaz (kanan) dan Adam Syafiq (tengah) bersama JDT pada musim 2022. — Instagram

Dua anak lelaki Abdulafees iaitu Firaz dan Adam Syafiq difahamkan sedang menimba ilmu bersama kelab Liga Super, Sri Pahang dengan menyaksikan kedua-dua mereka sudah ditandatangani Sri Pahang pada awal musim ini.

Firaz dan Adam Syafiq difahamkan merupakan produk akademi Johor Darul Takzim (JDT) pada musim 2022 namun tahun ini kedua-dua mereka berbangga menyarungkan jersi skuad Tok Gajah musim ini.

Untuk rekod, Adam Syafiq pernah mendapat panggilan skuad kebangsaan bawah 17 tahun (B-17) bagi Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Indonesia pada 31 Julai hingga 13 Ogos 2022 serta Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Jakarta pada 1 hingga 9 Oktober 2022.

WhatsApp Image 2023-07-20 at 16.56.52

Gambar keluarga Abdulafees. — Instagram @omoalaja10

Dengan kehadiran dua anak lelaki Abdulafees, ramai penyokong tanah air tidak sabar untuk menyaksikan skuad kebangsaan akan dianggotai pemain berdarah kacukan Malaysia-Nigeria dan sekali gus memberi banyak pilihan pemain Harimau Malaya.

Malaysia kini mempunyai 10 pemain berketurunan campuran iaitu Matthew Davies, Daniel Ting, La’Vere Corbin Ong, Junior Eldstal, Dion Cools, Brendan Gan, Nooa Laine, Stuart Wilkin, Natxo Insa dan Dareen Lok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram