Selesa dengan pertukaran posisi, Sergio Aguero dedah masa depan bersama Sri Pahang


  • Podium
  • Isnin, 26 Jun 2023

Aguero sudah tampil dalam tujuh perlawanan Liga Super bersama Sri Pahang setakat ini. — Facebook/SriPahang

SELEPAS beberapa minggu berehat kerana kecederaan, Sergio Aguero kembali dengan penuh kejayaan apabila dia membawa Sri Pahang FC menang 5-0 ke atas Kelantan FC dalam saingan Liga Super pada Jumaat.

Pemain tengah naturalisasi itu terlepas tiga perlawanan lebih awal kerana kecederaan otot dan hanya dijangka masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan besar ke atas The Red Warriors (TRW).

Namun begitu, pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad memerlukan percikan kreatif dan memasukkan Aguero dalam kesebelasan pertamanya.

Kepercayaan ketua jurulatih dari Singapura itu mendapat ganjaran apabila Aguero membalasnya dengan satu gol dan dua hantaran bantuan.

Dengan satu gol dan dua bantuan itu, Aguero dijangka menjadi tonggak utama Gajah di bahagian tengah untuk perlawanan akan datang dan dia menantikannya.

“Sudah tentu, saya sangat gembira untuk menjaringkan gol dan juga memberikan bantuan tetapi yang paling penting, saya membantu pasukan memperoleh tiga mata.

“Jurulatih menggunakan saya sekarang sebagai playmaker tetapi dia juga boleh menukar saya ke bahagian tengah atau sayap kanan.

“Bagi saya, itu bagus kerana saya dapat menunjukkan betapa serba boleh dan saya seorang yang mudah menyesuaikan diri," kata pemain berusia 29 tahun itu.

WhatsApp Image 2023-06-26 at 08.11.51

Gandingan Aguero dan Sherman memberi kekuatan pada jentera serangan Tok Gajah. — Facebook/SriPahang

Aguero nampaknya berjaya membentuk keserasian bersama penyerang Liberia, Kpah Sherman di bahagian serangan dan tidak sabar untuk bermain dengan beberapa pemain baharu selepas jendela perpindahan kedua.

Namun difahamkan, Aguero turut menjadi sasaran beberapa kelab dari Indonesia.

Beliau bagaimanapun menyatakan hasrat untuk kekal bersama pasukan Pantai Timur tersebut.

"Saya harap dapat lama di sini kerana keluarga saya bahagia di Pahang," katanya.

Kemenangan ke atas skuad TRW itu meletakkan Sri Pahang di kedudukan ketiga Liga Super dengan merekodkan sembilan kemenangan setakat ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram