Masih laku keras, 3 sebab Teong Kim sesuai 'caras' Elavarasan jadi coach Harimau Muda


  • Podium
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Teong Kim (dua dari kiri) ketika bergelar ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan pada 2018. — Facebook/ FAM

DI sebalik cerita panas berhubung berita Datuk Lim Teong Kim direhatkan dari skuad Perak FC, timbul desas-desus yang mengaitkan jurulatih itu dengan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara.

Khabar angin itu timbul tatkala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan jadual perlawanan skuad B-23 negara di Kejohanan Kelayakan Piala Asia B-23 di Bangkok, Thailand, September depan.

349007714_1705466299870668_3016251382911513178_n-600x750

Malaysia berpeluang membalas kekecewaan di Sukan SEA Kemboja apabila diundi menentang Thailand. — Facebook/ FAM

Selain Thailand, Malaysia diundi bersama-sama Bangladesh dan Filipina dengan juara kumpulan akan mara secara automatik ke Piala Asia B-23 tahun depan.

Dengan reputasi Teong Kim sebagai bekas jurulatih pasukan bawah 19 tahun (B-19) Bayern Munich dan pengalaman singkat mengendalikan The Bos Gaurus (TBG), tidak mustahil dia dipanggil mengemudi Harimau Muda.

Berikut tiga sebab Teong Kim dirasakan sesuai untuk menggantikan jurulatih sedia ada, E Elavarasan sebagai pengendali Harimau Muda.

FsJ7JLsagAEOoK9

Elavarasan berhadapan kekangan masa untuk mempersiapkan pasukan ampuh ke Sukan SEA Kemboja 2023. — Facebook/ FAM

1. Taktikal berbeza

Persembahan anak-anak buah Elavarasan tidaklah begitu membanggakan apabila gagal melangkah jauh dalam acara bola sepak temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Taktikal 'old skool' dengan bermain secara long ball yang diterapkannya dalam permainan dikatakan menjadi antara kelemahan pasukan negara bersaing di peringkat kumpulan.

Malaysia yang terkandas di tempat ketiga dalam saingan Kumpulan B di belakang Thailand dan Vietnam, memerlukan satu sentuhan segar daripada jurulatih berkredibiliti seperti Teong Kim.

Justeru, bekas pengendali Perak FC itu dirasakan mungkin mampu membentuk skuad yang lebih berdaya saing menjelang pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.

346296093_195461016710616_5793098269949204601_n

Sebahagian pemain skuad B-22 yang mewakili negara ke Sukan SEA 2023. — Facebook/ FAM

2. Skuad muda

Teong Kim yang cenderung dalam pembangunan dan perkembangan bakat muda mungkin lebih sesuai di skuad B-23 kebangsaan berbanding skuad senior untuk mengasah bakat mereka.

Dengan mengambil kira senarai panggilan Sukan SEA baru-baru ini, tidak sukar untuk pengendali berusia 59 tahun itu menerapkan kejurulatihannya kerana sebahagian mereka berpengalaman beraksi di pentas Liga Super.

Malah, pemain yang bermain di skuad kedua kelab masing-masing juga dipilih dalam kalangan yang terbaik. Tambahan lagi, rata-rata pemain skuad berkenaan ialah bakat-bakat tempatan yang menjadi kegemaran Teong Kim dalam asuhannya.

59535031c9cbcd224fe57b83e3491961

Teong Kim ketika mengendalikan skuad remaja Bayern Munich. — Facebook

3. Kredibiliti

Pengendali dari Melaka itu memiliki kredibiliti tersendiri dalam membentuk skuad belia Bayern Munich dalam tempoh 12 tahun perkhidmatannya di Jerman.

Perkara itu tidak boleh disangkal memandangkan dia berpengalaman membimbing pemain bintang seperti David Alaba (Read Madrid), Toni Kroos (Read Madrid), Thomas Muller (Bayern Munich) dan Emre Can (Borussia Dortmund).

Jadi dengan barisan pemain serta kualiti yang dimiliki, skuad Harimau Muda dirasakan mampu melangkah lebih jauh di bawah bimbingan Teong Kim yang juga pernah berkhidmat bersama kelab Itali, Bologna.

Sebagai rekod, Teong Kim yang pernah menyandang jawatan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari, juga pernah bergelar ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan pada 2018.

Khidmatnya bersama skuad kebangsaan ketika itu bagaimanapun ditamatkan serta merta susulan kegagalan merebut slot ke Piala Dunia B-17 2019 di Peru.

Dia juga pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan sepanjang 1982 hingga 1991 dan berjaya meledak 12 gol dalam 60 penampilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram