Baru dapat kepercayaan, anak didik seperti reda LTK direhatkan


  • Podium
  • Khamis, 25 Mei 2023

Perak FC kini berada di tangga ke-11 dengan sembilan mata selepas mengharungi 12 perlawanan. — Facebook/ Perak FC

SUHU Liga Super 2023 tiba-tiba panas apabila timbul khabar angin seorang jurulatih kelab Liga Super terpaksa direhatkan susulan masalah prestasi pasukan yang semakin merosot.

Pengumuman rasmi pantas dibuat oleh kelab berkenaan, Perak FC yang memaklumkan bahawa Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super berkuat kuasa serta-merta.

Jurulatih skuad kedua Perak, Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih Sementara untuk masa terdekat.

347264272_963570885076615_7635024263195187496_n

Yusri akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih Sementara Perak FC untuk masa terdekat. — Facebook/ Perak FC

Pemberitahuan itu tentunya mengejutkan penyokong bola sepak tempatan yang mengikuti perkembangan skuad The Bos Gaurus selepas diambil oleh XOX Berhad musim ini.

Namun, anak-anak buah Teong Kim sebagai kumpulan yang paling dekat dengan figura itu tentunya yang paling terkesan apabila jurulatih tersebut direhatkan.

Antara yang terawal memberi reaksi kepada perkhabaran berita berkenaan ialah pemain muda Perak FC, Alif Zikri.

Namanya mungkin kurang dikenali dalam kalangan penyokong kerana hanya baru membuat penampilan dalam empat perlawanan terakhir liga.

341813531_933316654550601_3221202083015474592_n

Alif Zikri mencatatkan 245 minit permainan dalam empat perlawanan setakat ini. — Facebook/ Perak FC

Alif Zikri pertama kali diturunkan ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan FC pada 19 April lepas yang menyaksikan dia menjadi penjaring tunggal TBG untuk meletakkan Perak FC seri dengan skuad Jang.

Persembahannya memberikan impak ketika pasukan bergelut dengan masalah ketumpulan ekoran ketiadaan penyerang importnya, Seo Seo-nung berikutan kecederaan yang dialami pemain Korea Selatan itu.

Dia kemudian diturunkan pada perlawanan seterusnya ketika menentang Kelantan FC dengan pemain berusia 20 tahun itu melakukan satu bantuan gol buat Perak.

WhatsApp Image 2023-05-25 at 16.55.00

Alif seterusnya menjadi wajah regular kesebelasan utama Perak FC yang mana Teong Kim menurunkannya dalam perlawanan menentang Selangor FC (20 Mei) dan Sabah FC (23 Mei).

Pemain itu meninggalkan tanda 'like' di posting Instagram Malayantigerfans yang memuat naik entri berkaitan status Teong Kim.

Ia seolah-olah memberi bayangan pemain yang baru mendapat kepercayaan bekas jurulatih skuad belia Bayern Munich itu, terpaksa reda dengan keputusan pengurusan Perak FC.

Perak FC kini berada di tangga ke-11 dengan sembilan mata selepas mengharungi 12 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram