Tewaskan PDRM, skuad Jang senyum lebar daki 3 anak tangga liga


  • Podium
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Antara aksi pemain NSFC ketika perlawanan menentang PDRM FC di Stadium MBPJ pada Khamis. — Facebook/PDRM

TIDAK banyak membuat kesilapan selain percaturan yang baik menjadi faktor Negeri Sembilan FC (NSFC) dapat meneruskan rentak kemenangan pada aksi Liga Super di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Ketua Jurulatihnya, K. Devan berkata, meskipun membariskan kesemua pemain tempatan ketika berdepan PDRM FC pada Khamis, disiplin tinggi yang ditunjukkan anak buahnya juga memainkan peranan dalam membuahkan kejayaan buat pasukan.

"Kita susun perlawanan ini dan kita punyai barisan pertahanan yang memang padat...Kita berhak menang walau pun kita membariskan semua permain tempatan, namun mereka telah menunjukkan persembahan baik dan berdisplin di atas padang.

"Saya akui babak terakhir perlawanan kita (sedikit) tertekan, tetapi kita bertahan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Liga Super antara PDRM FC bertemu NSFC di Petaling Jaya pada Khamis.

Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada NSFC.

WhatsApp Image 2023-05-19 at 09.05.35

Ketua jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz. — Facebook/PDRM

Pada Khamis, hasrat PDRM FC untuk mencipta sensasi di laman sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada NSFC.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin mendaki tiga anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dengan memperoleh 16 mata keseluruhan selepas 11 perlawanan.

Dalam pada itu, Devan berkata, persefahaman baik yang dipamerkan pemain tonggak pertahanan, Nasrullah Hanif Johan, Tommy Mawat Bada dan Zainal Abidin Jamil turut menjadi antara faktor skuad itu mampu beraksi cemerlang sepanjang dua minggu ini.

Ahad lepas, NSFC kembali mendapatkan rentak kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Devan berkata, NSFC yang akan bertemu Kelantan pada perlawanan seterusnya 23 Mei ini akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh. Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram