Selain United dan Chelsea, Arsenal tunjuk minat bawa masuk penyerang prolifik England


  • Podium
  • Selasa, 02 Mei 2023

Toney membuat penampilan sulungnya untuk England dalam kemenangan kelayakan Euro 2024 Mac ke atas Ukraine di Wembley. — Agensi

LEGENDA Arsenal, Paul Merson berminat untuk melihat The Gunners menandatangani Ivan Toney pada jendela perpindahan musim panas ini susulan khabar angin mengaitkan penyerang Brentford itu dengan pasukan berkenaan.

Hanya Erling Haaland dan Harry Kane telah menjaringkan gol Liga Perdana lebih banyak daripada Toney pada musim ini yang mana pemain berusia 27 tahun itu merekodkan sebanyak 20 gol buat pasukannya.

Saham pemain antarabangsa England semakin meningkat pada musim ini dan walaupun dia berpotensi menghadapi hukuman berhubung isu pertaruhan, Toney masih dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka, seperti Manchester United serta Chelsea.

Terrbaharu, Merson juga ingin melihat Toney berpindah ke London Utara dengan menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas nanti.

"Saya tidak nampak terlalu banyak perbezaan antara dia dan [Gabriel] Jesus. Tetapi jika saya bersama Arsenal, saya akan ambil dia.

"Dia sesuai dengan Arsenal. Kadang-kadang, anda tidak boleh pergi bermain lama dengan Jesus tetapi anda boleh beraksi lama dengan Toney. Dia bagus di udara, dia seorang yang bijak dan Toney boleh melihat gambaran permainan.

"Dia bukan Harry Kane, tetapi dia boleh melakukan tugas Harry Kane yang mana dia boleh keluar dari bahagian tengah dan dia boleh melepasinya. Dia boleh mencari hantaran dengan kemas,” kata bekas pemain The Gunners itu.

Toney menyertai Brentford dari League One Peterborough United pada 2020 dan setahun kemudian dia membantu The Bees untuk naik pangkat ke Liga Perdana.

Tonggak yang mempunyai ketinggian 1.79 meter itu menjaringkan gol terbanyak dalam Liga Kejuaraan dengan 31 gol semasa kempen pertamanya di London Barat.

Dia mendapat panggilan pertama England pada musim luruh lalu dan akhirnya membuat penampilan sulungnya untuk Three Lions dalam kemenangan kelayakan Euro 2024 Mac ke atas Ukraine di Wembley. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram