TATKALA aksi Liga Perdana Thailand rancak berlangsung, kelab gergasi negara Gajah Putih, Buriram United bakal mengalihkan tumpuan dalam usaha untuk memenangi kejuaraan ‘treble’.
Ini selepas pasukan Thunder Castle itu berjaya mara ke aksi final Piala Liga Thailand apabila mengalahkan PT Prachuap 2-0.
Sebelum itu, bek tengah kebangsaan, Dion Cools membantu pasukan meraih kejayaan 2-1 ke atas Chiangrai United dalam saingan liga.
Tentunya, pengendali pasukan, Masatada Ishii berhasrat untuk memastikan momentum pemburuan treble mereka terus membara.
Oleh itu, jurulatih dari Jepun itu pasti mahu menurunkan barisan terkuat dalam memastikan kejuaraan treble musim ini menjadi milik mereka. termasuk dengan menurunkan Cools dalam kesebelasan utama akan datang.
Buriram United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Thailand 2022/23 menjadi milik mereka, Ahad lepas. — Agensi
Kemenangan tersebut membolehkan Buriram United mara ke final menentang BG Panthum United yang bakal berlangsung pada 20 Mei ini.
Pada masa sama, pasukan itu akan bertemu Bangkok United di pentas final Piala FA, 28 Mei depan.
Sekiranya Buriram United berjaya menang baki dua final iaitu Piala Liga Thailand dan Piala FA, ia bukan saja musim paling berjaya untuk mereka.
Bahkan, ia juga membantu menjadikan Cools pemain Malaysia berpangkalan di luar negara paling berjaya di Liga Thailand dan dalam sejarah negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram