Nafuzi call Faisal, minta bimbing Fayadh di Harimau Malaya


  • Podium
  • Rabu, 29 Mac 2023

Aksi Faisal bersama Harimau Malaya ketika menentang Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa. — Facebook/ FAM

PEMAIN kebangsaan, Faisal Halim membantu Harimau Malaya menang ke atas Hong Kong selepas menjaringkan gol kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Selasa.

Gol pada perlawanan persahabatan antarabangsa itu juga menyaksikan kemarau jaringannya musim ini berakhir.

Terdahulu, pasukan kebangsaan memperoleh gol menerusi jaringan Akhyar Rashid dan Faisal adalah individu yang menjadi penggerak untuk membolehkan rakan sepasukannya itu menggegarkan gawang lawan.

Bersama Harimau Malaya, Faisal sudah mencipta 10 gol dan empat bantuan gol menerusi 21 penampilan sejak kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Jadi tidak hairanlah jika bekas ketua jurulatih ketika sama-sama di Terengganu FC, Nafuzi Zain menghubungi Faisal bagi meminta bantuan untuk memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada Fayadh Zulkifli yang kembali mendapat panggilan menyertai pasukan kebangsaan selepas pertama kali mendapat tempat pada 10 Oktober 2021 menentang Uzbekistan.

WhatsApp Image 2023-03-29 at 16.11.22 (1)

Fayadh masuk sebagai pemain gantian pada aksi menentang Hong Kong.

“Ya sudah tentu sebelum kita bermula latihan pada hari pertama coach Nafuzi ada menghubungi saya untuk bantu beri nasihat dan tunjuk ajar kepada Fayadh kerana pemain itu masih perlu banyak belajar.

"Saya pun bukan pemain bintang tapi mungkin sebab Nafuzi mengenali saya, jadi saya ada beri nasihat kepada Fayadh,” katanya memetik laporan Harimau Malaya.

Tambah Faisal, Fayadh yang masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Turkmenistan berjaya mempamerkan aksi yang baik.

Malah pada perlawanan menentang Hong Kong, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey juga memuji aksi pemain sayap Kedah Darul Aman FC itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram