Harimau Malaya hadir majlis santapan malam bersama TMJ


  • Podium
  • Selasa, 21 Mac 2023

Pemain Harimau Malaya menjamu selera di majlis santapan malam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. — Facebook/ FAM

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menjemput pasukan Harimau Malaya ke majlis santapan malam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor pada Selasa.

Perkongsian itu dibuat di Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa.

“Menjunjung kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas perkenan baginda menjemput barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai skuad Harimau Malaya ke majlis santapan malam,” kata kenyataan itu.

336921328_121068097513196_2177436843612175164_n

Gambar-gambar itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi kelab Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigers.

Ketika ini, Kim Pan-gon giat memantau sesi latihan pusat bersama 27 pemain negara di Padang Sri Gelam, Johor Bahru.

337154646_6182681075115379_2483431704805752031_n

Turut kelihatan tonggak pertahanan negara yang beraksi untuk kelab Liga Thailand, Buriram United, Dion Cools yang baru tiba pada Selasa untuk menyertai rakan sepasukan di Harimau Malaya.

Malaysia akan bertemu Turkmenistan dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis diikuti menentang Hong Kong, 28 Mac ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram