Jadi 'lauk' Liverpool, legenda Man United suruh pemain 'masuk gua'


  • Podium
  • Isnin, 06 Mac 2023

Barisan pemain Man United yang kelihatan sugul selepas kekalahan besar 07 kepada Liverpool di Anfield pada awal pagi Isnin. — Agensi

LEGENDA Manchester United, Roy Keane memberi amaran kepada Manchester United bahawa pemain sarkas sudah kembali ke dalam kelab selepas pasukan Erik ten Hag dimalukan 0-7 oleh Liverpool di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.

Kekalahan itu muncul selepas Man United memenangi kejuaraan Piala Carabao menentang Newcastle United di Wembley, minggu lalu yang menyaksikan kemarau trofi kelab itu sejak 2017 akhirnya ditamatkan.

Namun mereka gagal untuk meneruskan momentum terbaik mereka mencatat kekalahan besar kepada Liverpool, yang juga menyaksikan The Red Devils mengulangi rekod kekalahan terbesar pernah dicatat mereka selepas tewas 0-7 kepada Wolverhampton Wanderers pada 26 Disember 1931.

FqedFK9WAAMXzOp

Man United mengulangi rekod kekalahan terbesar pernah dicatat dalam sejarah kelab. — Agensi

Bercakap kepada Sky Sports, Keane memberi amaran kepada pemain Man United tentang sikap terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan mereka baru-baru ini dengan mengatakan Ten Hag serta pemain senior perlu memejamkan mata terhadap cara pasukan itu menangani perhatian tambahan yang diberikan kepada mereka.

"Perkara yang saya sentiasa berhati-hati dengan Man United, mereka memenangi piala minggu lalu, meraikannya dengan sambutan tapi tiada masalah dengan itu.

"Namun, mereka muncul menentang West Ham, saya berada di situ dan sarkas kembali dalam Man United," katanya.

skysports-manchester-united_6079349

Marcus Rashford selepas Man United tewas ke atas Liverpool. — Agensi

Tambah Keane, pemain perlu sentiasa berhati-hati kerana anda tidak tahu apa yang boleh berlaku dalam sesuatu perlawanan.

"Saya nampak para pemain bergelak ketawa di babak kedua. Mereka sudah ketinggalan 0-1 namun masih boleh berjenaka di situ. Ini perkara serius.

"Saya tidak suka apa yang saya lihat. Pengurus dan pemain senior perlu memberi perhatian terhadap perkara ini. Sama seperti ketika menentang West Ham tempoh hari, terlalu banyak keraian," katanya.

Bekas kapten pasukan Man United itu juga menyifatkan jika dia berada dalam situasi tersebut, dia sudah menghilangkan diri.

“Saya tidak pernah berasakan Man United sudah kembali ke tahap terbaik mereka.

"Mereka memperoleh beberapa keputusan yang baik ketika menentang Leicester dan West Ham, namun mereka leka.

"Liverpool mengambil kesempatan atas kelekaan itu dan menghukum mereka. Di situlah mereka berhak mendapat pujian. Mereka klinikal, terus berusaha dan mahukan lebih banyak gol," katanya.

skysports-premier-league-manchester-united_6079384

David de Gea kelihatan kecewa selepas gol ketiga Liverpool. — Agensi

Menurut Keane, pemain-pemain senior di Man United menjadi punca kepada kekecewaan kelab itu hari ini.

"Saya cuba membayangkan jika saya dikalahkan dalam perlawanan besar seperti ini, saya akan bersembunyi (masuk gua)...tidak kisahlah beberapa hari atau beberapa bulan.

"Ia benar-benar memalukan sebagai pemain. Apa yang boleh anda lakukan? Itulah permainan. Mereka perlu bangkit dan hadapi perlawanan pertengahan minggu ini," katanya.

Sementara itu, bekas tonggak tengah Liverpool, Graeme Souness berpendapat, pemain Man United mendapat lebih tumpuan berbanding kelab lain dan ia boleh menjadi isu untuk skuad Ten Hag.

“Apabila saya bermain di Liverpool, kami sentiasa berasakan bahawa Man United mendapat publisiti yang jauh lebih tinggi terhadap apa sahaja yang berlaku.

"Kalau di Jerman, Bayern Munich dikenali sebagai FC Hollywood tetapi di England, ia adalah Man United," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram