Risau gawang bocor, pertahanan kental JDT sanggup tonton rakaman aksi licik Adisak berulang kali


  • Podium
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Terengganu mengikat Adisak selama dua tahun. — Agensi

TONGGAK Johor Darul Takzim (JDT), Jordi Amat berpendapat penyerang Terengganu, Adisak Kraisorn perlu dirantai sebaik-baiknya apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi pembukaan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat malam.

Kedua-dua pasukan akan bertembung untuk merebut kejuaraan Piala Sumbangsih 2023.

Pemain naturalisasi Indonesia itu berkata, berdasarkan pengalaman baru-baru ini dalam Piala Mitsubishi AFF tahun lalu, dia melihat Adisak sebagai pemain berkemahiran tinggi dan sangat licik.

Adisak akan beraksi dalam Liga Super sebagai salah satu pemain baharu Terengganu dan baru-baru ini pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang dalam Piala AFF Disember lalu.

AMAT

Amat dilantik sebagai ketua pasukan bagi aksi Piala Sumbangsih menentang TFC. — Facebook/JDT

“Saya juga mengkaji permainan Adisak berkali-kali melalui rakaman video dan dia seorang pemain yang bagus, jadi dia tidak boleh dibenarkan bergerak bebas kerana dia boleh menjadi ancaman yang besar untuk JDT,” kata Amat.

Amat yang berusia 32 tahun pernah bermain untuk Espanyol dan Rayo Valleceno dalam La Liga itu berharap untuk memulakan musim ini dengan kaki kanan.

“Kami berharap dapat mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali keenam berturut-turut malam esok selain mengejar tiga mata pertama,” tambahnya.

Penolong ketua jurulatih JDT, Pablo Richetti berkata, persiapan pramusim mereka sangat mantap ketika menentang kelab Eropah di Dubai.

“Adalah pening untuk kami memilih kesebelasan utama kerana kami mempunyai ramai pemain berkualiti.

“Paling penting mereka tahu cara memenangi perlawanan, ini sangat penting.

“Kami sentiasa memutuskan siapa yang bermain pada saat akhir. Hanya Natxo Insa yang tidak dapat bermain tetapi yang lain semuanya cergas untuk diturunkan menentang Terengganu," ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram