Tunjuk kehebatan anda dalam Teka Bola 2.0 untuk rebut hadiah bernilai RM8,900


  • Podium
  • Khamis, 23 Feb 2023

Pembaca setia Majoriti berpeluang memenangi sebahagian hadiah bernilai RM8,900.

KEHANGATAN Liga Malaysia (Liga M) kini kembali lagi di kaca televisyen anda dengan format dan saingan yang lebih menarik dan sengit.

Semestinya Majoriti sentiasa bersedia untuk menambahkan lagi kemeriahan Liga M dengan penganjuran Peraduan Teka Bola 2.0 buat semua peminat bola sepak tanah air.

Ini masanya untuk anda menggunakan segala pengalaman dan kepakaran meneka kedudukan bola, sekali gus memenangi sebahagian hadiah yang bernilai lebih RM8,900.

Seramai 3 pemenang utama akan dipilih jika berjaya menjawab dengan tepat manakala 10 pemenang layak menerima saguhati.

Pemenang hadiah tempat pertama akan membawa pulang jam tangan Braun Buffel bernilai RM1,498, manakala pemenang kedua layak menerima pewangi Paco Rabanne Phantom bernilai RM395.

Tempat ketiga pula akan memenangi pewangi Carolina Herrera Bad Boy bernilai RM290.

Bagi pemenang saguhati, anda akan mendapat keahlian Celebrity Fitness yang bernilai RM680.

Jadi, jangan sia-siakan bakat anda dan sertai sekarang Teka Bola 2.0 dengan mengikuti langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Tengok gambar di bawah

Langkah 2: Teka bola mana satu yang anda rasa betul dengan mengisi borang di bawah!

Senang saja bukan? Apa lagi, jom teka!

Peraduan Teka Mana Bola-02