Lagi padu berbanding Liridon, 'fans' TFC dan Sabah cemburu debut Levy Madinda di NSFC


  • Podium
  • Rabu, 15 Feb 2023

NSFC mencipta kejutan selepas menurunkan Madinda dalam kesebelasan utama pasukan menentang KL City ketika aksi pramusim pada Selasa. — Facebook

NEGERI Sembilan FC (NSFC) mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Super menerusi aksi pramusim dengan juara Piala Malaysia 2021, KL City FC pada Selasa.

Menerusi perlawanan persahabatan itu, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1 menerusi jaringan pemain muda NSFC, Filemon Anyie pada minit ke-48 dan pemain tengah The City Boys, Zhafri Yahya (minit ke-82).

Pada aksi itu, NSFC mencipta kejutan selepas menurunkan import Johor Darul Takzim (JDT), Levy Madinda dalam kesebelasan utama pasukan Hobin Jang Hobin.

Perpindahan tonggak pasukan kebangsaan Gabon itu secara pinjaman ke NSFC dirasakan akan memberi nafas baharu kepada The Jangs untuk kembali bangkit saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023.

Ini kerana melalui persembahan pertamanya dalam aksi persahabatan itu, NSFC kelihatan lebih kuat dengan kehadiran Madinda malah debutnya itu sudah memikat kebanyakan penyokong The Jangs.

291407853_2333063110190308_5546281736024529232_n

Kontrak Madinda bersama JDT berbaki sehingga Disember 2023. — Facebook

Pemain tengah berusia 31 tahun itu dilihat bukan sahaja cergas di atas padang malah banyak melakukan larian mengelirukan dan sepakan padu berbahaya terhadap lawan.

Dia yang pernah beraksi dengan pasukan Sabah FC pada musim lalu juga nampak cukup serasi bersama rakan sepasukan lain di bawah bimbingan K Devan.

Hal tersebut membuatkan ada penyokong NSFC yang berpendapat skuad itu lebih bernasib baik kerana mendapat khidmat Madinda berbanding Liridon Krasniqi yang dipinjamkan JDT ke Terengganu FC.

Dari segi persembahan setakat ini, Madinda yang bermain di posisi tengah menyerang (AMF) sama seperti Liridon dirasakan memiliki kelebihan pada kepantasan lariannya dan ketajamannya membuat jaringan.

Kehadiran Madinda tentunya akan membantu NSFC mendapatkan kedudukan selesa di carta liga selepas menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik carta liga musim lepas.

830E6348-52FF-459D-9B3B-7C94F0163064

Madinda pernah beraksi bersama Sabah FC pada musim lepas. — Facebook

Bahkan melihat keupayaan Madinda di atas padang, bukan sahaja penyokong Terengganu FC berasa cemburu malah penyokong Sabah FC juga mungkin 'gigit jari' selepas terlepas khidmatnya untuk membantu kedua-dua pasukan itu di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023.

Terengganu FC menempah tiket ke Piala AFC selepas menutup kempen Liga Super 2022 di tangga kedua dengan 44 mata manakala Sabah FC menyambar slot kedua ke kejohanan antarabangsa itu.

Untuk rekod, Madinda meninggalkan The Rhinos pada Julai 2021 dan difahamkan faktor utama adalah disebabkan keletihannya untuk berulang alik ke Afrika Selatan bagi memberikan komitmennya dengan pasukan Gabon dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram