Sependapat dengan bekas pengadil EPL, Subkhiddin perjelas 'gol ofsaid' Man United


  • Podium
  • Ahad, 15 Jan 2023

Rachford meraikan jaringan ke atas Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. — Agensi

KEMENANGAN dramatik 2-1 Manchester United ke atas Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) diselubungi kontroversi ekoran gol penyamaan yang dijaringkan Bruno Fernandes.

Jaringan tersebut hampir dipertikaikan selepas pemain itu mengutip bola Marcus Rashford yang terdahulu berada dalam kedudukan ofsaid.

Namun VAR membenarkan gol berkenaan kerana Rashford tidak menyentuh bola tersebut yang mengakibatkan pasukan lawan berang dengan keputusan berkenaan.

VAR menyatakan ia tidak mengganggu perlawanan, namun Man City berkeras bahawa penyerang England itu jelas mengacau pertahanan dan penjaga gol, Ederson Santana.

Begitupun ramai penyokong Man City berpandangan gol tersebut tak patut dikira namun, bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh ada pandangan tersendiri.

Ini selepas beliau ditanya tentang insiden tersebut oleh seorang penyokong Man United di Twitter.

Subkhiddin

Subkhiddin memiliki pendapat yang sama dengan Walton.

Pada pandangan Subkhiddin yang juga Ketua Pengajar Pengadil Persatuan Bola Sepak Korea Selatan, gol pemain tengah United itu dikira oleh pengadil Stuart Attwell atas beberapa sebab.

“Red-10 (Marcus Rashford) perlu dihukum ofsaid hanya sekiranya dia jelas menghalang Blue-25 (Manuel Akanji) daripada cuba mendapatkan bola.

“Dalam situasi ini, Blue-25 hanya bergerak untuk mendapatkan posisi terakhir sebagai pemain pertahanan. Pada masa sama, berharap rakannya yang lain (bek kanan Kyle Walker) dapat melakukan cabaran awal sebelum dia bergerak untuk mengambil posisi.

"Mudah untuk menghukum ofsaid sekiranya Red-10 menyentuh bola [interfering with play] factual decision," katanya.

Manchester City's Norwegian striker Erling Haaland (R) shoots but fails to score during the English Premier League football match between Manchester United and Manchester City at Old Trafford in Manchester, north west England, on January 14, 2023. - RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match

Haaland cuba menjaringkan gol namun dihalang pihak lawan. — Agensi

Mengulas lanjut, Subkhiddin berkata, situasi di atas adalah sangat subjektif bergantung kepada pemahaman dan penerimaan peminat.

“Cuma berdasarkan Law-11 (IFAB), saya berpendapat pergerakan Red-10 sama sekali tidak memberikan impak kepada lawannya. Oleh itu dia tidak perlu dihukum sebagai interfering an opponent,” katanya.

Menariknya, pandangan Subkhiddin sama dengan pandangan bekas pengadil EPL, Peter Walton apabila ditanya tentang insiden tersebut di BT Sport.

Malah, menurut Walton, jika gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid, VAR akan membatalkan keputusan asal pengadil dan mengiktiraf gol tersebut berpandukan Peraturan 11 IFAB. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram