KELAB Selangor FC memperkenalkan Noor Al-Rawabdeh sebagai pemain tengah pasukan Gergasi Merah pada musim ini.
Pemain import dari Jordan berusia 25 tahun itu digelar 'The Engineer' semasa bersama kelab Al-Muharraqlah yang berjaya menjulang Piala AFC musim 2021.
Di sebalik gelaran itu, ada sebab kukuh mengapa panggilan tersebut diberikan kepada Al-Rawabdeh.
Pemain skuad antarabangsa Jordan itu sering menentukan tempo di dalam bilik persalinan dan menghidupkan bahagian tengah dengan hantaran dan gerakan bijaknya.
Begitupun, pemain itu tidak mendapat jolokan tersebut semata-mata kerana kehebatannya di atas padang, malah dia sebenarnya belajar kejuruteraan pada satu masa dahulu.
"Saya belajar kejuruteraan awam, jadi saya rasa, nama panggilan itu datang dari situ," kata Al-Rawabdeh.
Katanya, bermain bola sepak adalah sesuatu yang menjadi impiannya.
"Saya menjalani kehidupan yang diimpikan itu sekarang," ujarnya.
Al-Rawabdeh sudah beraksi dalam 19 perlawanan untuk Jordan sejak membuat penampilan sulung antarabangsa pada 2019.
Bukan itu sahaja, dia memainkan peranan penting dalam membantu kelab Al-Faisaly mendahului Liga Jordan sebelum berpindah ke Red Giants minggu lalu menjelang musim baharu Liga Super.
Selangor FC menandatangani Al-Rawabdeh beikutan pengalamannya di Asia ketika membantu kelab Bahrain, Al-Muharraq memenangi Piala AFC pada 2021.
Al-Rawabdeh boleh memainkan peranan sebagai pemain nombor enam (defensive playmaker) atau lapan (deep-lying playmaker), yang dilakukan rakan senegaranya Baha Abdelrahman tahun lalu untuk Selangor.
Dia dijangka bergandingan dengan pemain tengah Ghana Alex Agyarkwa di bahagian tengah, sekali gus membolehkan Mukhairi Ajmal Mahadi bermain lebih jauh ke depan.
“Saya pernah ke sini beberapa kali kerana tugas negara tetapi ini adalah tugas pertama saya sebagai pemain profesional di sini.
“Selangor adalah kelab besar. Saya banyak mendengar tentang kelab ini. Saya juga tidak sabar untuk memulakan musim ini. Saya teruja untuk melihat peminat juga," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram