Saya akan terus bunuh bola sepak Malaysia — TMJ


  • Podium
  • Isnin, 26 Dis 2022

Tunku Ismail memaklumkan bahawa kejayaan Malaysia untuk mara ke pentas Piala Asia sebelum ini juga melibatkan kudrat para pemain JDT yang mewakili Harimau Malaya.

SELEPAS mempertahankan tindakan pemain Johor Darul Takzim (JDT) menolak panggilan skuad kebangsaan menjelang saingan Piala AFF, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil membuat satu lagi kenyataan berhubung kelayakan pemain Harimau Malaya ke kejohanan itu.

Pemilik JDT itu menerusi satu kenyataan melalui Instagram Story pada Isnin memaklumkan ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima kenyataan khususnya terhadap pasukannya yang mencipta pelbagai kejayaan.

"Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami."

"Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun ALLAH kurniakan kejayaan," tulisnya.

Tunku Ismail juga memaklumkan bahawa kejayaan Malaysia mara ke pentas Piala Asia sebelum ini juga melibatkan kudrat pemain JDT yang mewakili Harimau Malaya.

WhatsApp Image 2022-12-26 at 08.03.00

Tangkap layar kenyataan TMJ di Instagram Story pada Isnin.

"Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas.

"Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.

"Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja," jelasnya.

Piala AFF kali ini menyaksikan bahawa tidak ada seorang pun pemain JDT yang membarisi pasukan dengan muka-muka baharu menjadi pilihan Kim Pan-gon untuk membawa cabaran negara.

Sejak Pan-gon mengambil alih pasukan negara bermula Mac lalu, Malaysia berjaya melakar lima kemenangan dalam tujuh aksi, dengan hanya tewas dua kali.

Dalam kempen Kelayakan Piala Asia dua minggu lalu, skuad negara berjaya menamatkan badi 43 tahun untuk layak secara merit yang dijadual berlangsung tahun depan sama ada di Korea Selatan, Qatar, Jepun mahupun Australia yang berminat mendapatkan hak tuan rumah Piala Asia.

Ini adalah penampilan keempat Malaysia di Piala Asia selepas beraksi pada 1976 dan 1980, dengan 2007 pula layak selaku tuan rumah bersama dengan Indonesia, Vietnam dan Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram