'Takkan nak buang pemain macam tu je', Norizam dedah 5 calon import baka Afrika dalam radar TRW


  • Podium
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Zamsaham terus membuatkan penyokong berteka-teki mengenai jurulatih untuk musim depan. — Facebook/TRW Kelantan FC

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan skuad The Red Warriors (TRW) sudah menerima kira-kira lima nama calon import baka Afrika seperti yang diinginkan untuk dipersiap dalam pasukan menjelang saingan Liga Super musim depan.

Norizam yang memiliki rangkaian francais Zamburger berkata, calon berkenaan bagaimanapun belum dimuktamadkan lagi ketika ini kerana melalui proses penilaian kelab.

"Sebenarnya Kelantan dah terima dalam empat ke lima orang calon (pemain) Afrika tapi belum ada sebarang keputusan yang kami putuskan lagi.

"Perbincangan dan proses evaluasi memang kami sedang bincangkan lagi buat masa ini," katanya kepada Majoriti.

Mengulas lanjut, Norizam berkata, posisi pemain dalam pasukan akan ditentukan oleh ketua jurulatih baharu yang juga dalam proses penilaian kelab.

"Ada yang cakap kena cari ketua jurulatih dulu baru pemain tapi pada saya tidak semestinya benda itu betul.

"Ada pemain yang dah ada dalam kelab Kelantan... takkan saya nak buang macam itu sahaja," katanya.

1824437

Richmond Tetteh Ankrah antara pemain baka Afrika yang menarik perhatian Zamsaham. — Facebook/Selangor FC

Menurut Norizam, misi utamanya ketika ini adalah membawa masuk pemain yang tidak mudah cedera bagi menghadapi saingan Liga Super yang akan menampilkan format baharu pada musim depan.

"Paling penting saya nak bawa pemain yang tak mudah cedera...sikit terlanggar mudah cedera...saya nak yang lasak.

"Pemain ini kena boleh bermain semasa hujan dan panas. dia main di padang macam Afrika ranking 20 tapi fasiliti tidak sebaik yang ada di negara ini," katanya.

Norizam sekali lagi menegaskan dia mahu mencuba pemain dari Afrika untuk diserap masuk ke kelab selepas menyuarakan keinginan tersebut di Facebook baru-baru ini.

"Cerita pasal pemain kali ni tak salah untuk cuba Afrika. Sebelum ini (import) dari Greece, Brazil," katanya lagi.

Selepas hampir lima musim beraksi di divisyen kedua Liga Malaysia, Kelantan FC akan membuat kemunculan di tier satu liga pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram