Gol terbaik Liga M kategori baharu ABK 2022 — MFL


  • Podium
  • Jumaat, 04 Nov 2022

ABK22 bakal berlangsung pada hujung Disember secara virtual. — MFL

MALAYSIAN Football League (MFL) mengumumkan acara kemuncak Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) bakal berlangsung pada hujung Disember secara virtual.

Acara tahunan berprestij bola sepak tempatan itu diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Berbanding musim 2021 yang menyaksikan pertandingan Piala FA tidak berlangsung susulan impak pandemik Covid-19, musim 2022 pastinya menjanjikan persaingan yang lebih menarik apabila semua pertandingan iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Liga Premier dan Piala FA berjalan dengan jayanya, manakala TM Piala Malaysia kini sedang rancak berlangsung.

Sudah pasti tumpuan peminat bola sepak tempatan adalah debaran untuk mengetahui siapakah individu yang bakal dijulang sebagai pemenang selepas mempamerkan prestasi terbaik sepanjang saingan Liga Malaysia 2022 berlangsung.

Bagi tahun ini, sebanyak 16 kategori anugerah dipertandingkan iaitu:

1) Penjaring Terbanyak Liga Super 2022

2) Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022

3) Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022

4) Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022

5) Penjaga Gol Terbaik

6) Pertahanan Terbaik

7) Pemain Tengah Terbaik

8) Penyerang Terbaik

9) Jurulatih Terbaik

10) Pemain Muda Terbaik

11) Pemain Import Terbaik

12) Pasukan Terbaik

13) Anugerah Fair Play

14) Fan XI

15) Gol Terbaik Liga Malaysia 2022

16) Pemain Paling Bernilai (MVP)

Jika tahun lalu, Anugerah Kasut Emas dimenangi oleh pemain yang menjaringkan gol paling banyak dalam semua pertandingan Liga Malaysia, musim ini kesemua pemenang kategori penjaring terbanyak akan menerima Anugerah Kasut Emas 2022.

Ini meliputi kategori Penjaring Terbanyak Liga Super 2022, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022, Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022

Dimaklumkan juga bahawa ABK22 merupakan tahun terakhir yang mana anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan untuk saingan Liga Super dan Liga Premier akan diberikan.

Kategori Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 pula merupakan kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini di mana keputusan akan ditentukan berdasarkan undian daripada para penyokong.

Pada majlis ABK22 itu nanti, pihak MFL akan turut menyampaikan pemenang kategori Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 iaitu Bergson da Silva yang meledak 29 gol bersama Johor Darul Takzim (JDT) manakala Darren Lok bakal menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 selepas berjaya menyumbang 10 gol bersama PJ City FC.

Penyerang Kuching City FC, Abu Kamara pula yang menjaringkan 11 gol dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 manakala Daryl Sham (JDT II) dan Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) pula masing-masing meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 selepas meledak 9 gol.

Seramai 386 daripada 667 pemain disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK22 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori. Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

Berikut adalah senarai 10 pemain terbaik bagi tujuh kategori dengan keputusan undian akan dibuat oleh 22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 22 wakil media.

*Senarai nama calon disusun mengikut abjad.

ABK22_TOP10_GK-1024x1024

CALON PENJAGA GOL TERBAIK

Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)

Farizal Marlias (Johor Darul Takzim)

Fikri Che Soh (Kelantan United FC)

Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Takzim II)

Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC)

Khairul Fahmi Che Mat (Sabah FC)

Nik Amin Ahmad (Kelantan FC)

Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)

Samuel Somerville (Selangor FC)

Suhaimi Husin (Terengganu FC)

ABK22_TOP10_DF-1024x1024

CALON PERTAHANAN TERBAIK

Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC)

Azam Azmi Murad (Terengganu FC)

Dominic Tan (Sabah FC)

Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC)

Kamal Azizi Zabri (Kuala Lumpur City FC)

La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Takzim)

Matthew Davies (Johor Darul Takzim)

Nasrullah Haniff Johan (Negeri Sembilan FC)

Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC)

Shahrul Saad (Johor Darul Takzim)

ABK22_TOP10_MF-1024x1024

CALON PEMAIN TENGAH TERBAIK

Afiq Fazail (Johor Darul Takzim)

Akram Mahinan (Kuala Lumpur City FC)

Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)

Brendan Gan (Selangor FC)

David Rowley (Sri Pahang FC)

Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)

Natxo Insa (Johor Darul Takzim)

Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)

Ryan Lambert (Kuala Lumpur City FC)

Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)

ABK22_TOP10_FW-1024x1024

CALON PENYERANG TERBAIK

Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Takzim)

Darren Lok (PJ City FC)

Faisal Abdul Halim (Terengganu FC)

J. Partiban (Kuala Lumpur City FC)

Nor Hakim Hassan (Selangor FC)

Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak United FC)

Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC)

S. Kumaahran (PJ City FC)

Syafiq Ahmad (Johor Darul Takzim)

Wan Fazli Wan Ghazali (Terengganu FC II)

ABK22_TOP10_U21-1024x1024

CALON PEMAIN MUDA TERBAIK

Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Takzim)

Aysar Hadi Shapri (Johor Darul Takzim II)

Azam Azmi Murad (Terengganu FC)

Daryl Sham (Johor Darul Takzim II)

Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)

Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)

Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)

Ruventhiran (PJ City FC)

Syahir Bashah (Selangor FC)

T. Saravanan (Penang FC)

ABK22_TOP10_Coach-1024x1024

CALON JURULATIH TERBAIK

Badrul Afzan Razali (Terengganu FC II)

Bojan Hodak (Kuala Lumpur City FC)

Dato’ Dollah Salleh (Sri Pahang FC)

Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)

Hector Bidoglio (Johor Darul Takzim)

K. Devan (Negeri Sembilan FC)

Mariano Echeverria (Johor Darul Takzim II)

Nafuzi Zain (Terengganu FC)

P. Maniam (PJ City FC)

Rezal Zambery Yahya (Kelantan FC)

ABK22_TOP10_import-1024x1024

CALON PEMAIN IMPORT TERBAIK

Bergson da Silva (Johor Darul Takzim)

Caion (Selangor FC)

Fernando Forestieri (Johor Darul Takzim)

Gustavo (Negeri Sembilan FC)

Herold Goulon (Negeri Sembilan FC)

Kevin Ray Mendoza (Kuala Lumpur City FC)

Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC)

Park Tae-su (Sabah FC)

Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)

Tchetche Kipre (Terengganu FC)

Sementara itu bagi kategori Anugerah Pasukan Terbaik akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL, Anugerah Fair Play akan ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), manakala Fan XI dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 pula menerusi undian penyokong melalui platform SurveyMonkey bermula minggu depan.

Bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pula akan dipilih dalam kalangan pemenang empat kategori, iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik, oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan-gon.

Nantikan pengumuman rasmi mengenai butiran serta siaran langsung majlis ABK22. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram