Piala Malaysia 2022: Penang sah ganti MU


  • Podium
  • Selasa, 27 Sep 2022

Penang FC antara pasukan Liga Super yang akan mengisi slot TM Piala Malaysia 2022. — Facebook

MALAYSIAN Football League (MFL) mengumumkan kesemua pasukan Liga Super akan mengisi slot TM Piala Malaysia 2022 selepas satu daripadanya ditinggalkan oleh Melaka United FC (MUFC).

Keputusan itu dicapai oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas ketiadaan MUFC dalam aksi TM Piala Malaysia musim ini disebabkan kegagalan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai.

“MUFC kini sedang menduduki tempat kesembilan Liga Super 2022 dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan TM Piala Malaysia 2022.

“Maka pasukan pengganti harus dipilih daripada Liga Super untuk mengekalkan bilangan 11 pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Premier dalam pertandingan Piala Malaysia 2022 di mana kesemua pasukan Liga Super kecuali MUFC akan memperoleh slot TM Piala Malaysia 2022,” kata MFL dalam satu kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram