NOR Sarah Adi meraih dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2022 selepas meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) wanita di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.
Atlet Pahang itu mendominasi larian tanpa dapat dicabar pelari lain pada aksi final dengan menyudahkan pecutan menerusi catatan 11.91 saat (s).
Manakala, Atlet dari Sabah, Nur Aishah Rofina Aling merangkul perak dengan catatan 12.08s.
Pingat gangsa menjadi milik atlet dari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal (12.10s).
Rekod Sukma dipegang atlet Terengganu, Azreen Nabila Alias dengan catatan 11.81s pada edisi 2018 di Perak.
Bagaimanapun, dia tidak layak beraksi kali ini kerana pernah berlumba di Sukan Olimpik tahun lalu.
Rekod kebangsaan masih lagi dipegang G Shanti yang melakukan catatan 11.50 saat pada tahun 1993 di Kuala Lumpur. —Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram