MFL beri Sarawak United 14 hari, selesai masalah gaji tertunggak 4 bulan


  • Podium
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Berdasarkan laporan yang diterima dari PFAM, MFL sebulat suara untuk mengambil tindakan segera memotong dana hak penyiaran Sarawak United sebanyak RM100,000.

MALAYSIAN Football League (MFL) mengarahkan Sarawak United untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji dalam tempoh 14 hari berkuatkuasa pada Jumaat.

Keputusan tersebut dibuat bagi tujuan meringankan beban yang dipikul oleh pemain dan pegawai terlibat menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-4 Bagi Penggal 2021-2025 yang dipengerusikan oleh Presiden Datuk Ab Ghani Hassan pada Khamis.

“Berdasarkan laporan yang MFL terima daripada PFAM, barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL pada Khamis bersetuju sebulat suara untuk mengambil tindakan segera memotong dana hak penyiaran Sarawak United sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai yang mengalami masalah tunggakan gaji.

1587484

Sarawak United dilaporkan masih belum membayar gaji pemain yang kini tertunggak selama 4 bulan. Facebook/Sarawak United.

“Pembayaran kepada pemain Sarawak United FC yang terlibat akan disalurkan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

“MFL memandang serius isu tunggakan gaji yang berlaku melibatkan Sarawak United dan tindakan susulan akan diambil yang mana kemungkinan slot bertanding di TM Piala Malaysia tahun ini tidak akan diberikan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, MFL membuat keputusan untuk menyalurkan sejumlah RM100,000 bagi membantu pemain dan pegawai Sarawak United FC yang mengalami masalah tunggakan gaji. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram