Kedah, Sabah, Kelantan antara 6 destinasi Syihan Hazmi selain JDT


  • Podium
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Pada 2018, dia merupakan penjaga gol ketiga untuk pasukan bawah 23 tahun kebangsaan dalam Piala Asia B-23 AFC 2018. — Facebook NSFC

PENJAGA gol yang kian meningkat naik, Ahmad Syihan Hazmi tampil mengesahkan khabar angin bahawa dia sedang dirisik oleh sebuah kelab lain Liga Malaysia pada musim depan.

Pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) itu menjadi antara penjaga gol yang disebut-sebut dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas menjadi watak penting untuk mengemudi gawang skuad Hobin Jang Hobin.

Menerusi satu wawancara bersama Harimau Malaya, pemain itu sendiri mengesahkan ada yang datang ‘merisik’ untuk mendapatkan khidmatnya .

Bagaimanapun, buat masa ini Syihan Hazmi hanya ingin memberi tumpuan bersama NSFC sehingga musim 2022 Liga Super berakhir.

Kontrak Syihan bersama Jang Hobin yang dijangka tamat dalam beberapa bulan sahaja itu pasti membuatkan ramai pasukan beratur ingin merekrutnya.

Berikut merupakan enam pasukan yang berkemungkinan memburu khidmat Syihan Hazmi bagi menghadapi saingan musim depan:

1) Johor Darul Takzim (JDT)

Kelab gergasi Malaysia ini dikatakan berpotensi untuk menggunakan khidmat pemain berusia 26 tahun itu selepas penjaga gawang utamanya, Farizal Marlias mendapat kecaman dari penyokongnya.

WhatsApp Image 2022-08-25 at 6.13.42 PM

Farizal merupakan penjaga gol utama JDT dan Harimau Malaya. — Facebook JDT

Prestasi pemain berusia 36 tahun itu semakin dibicarakan sejak aksi hambarnya menjaga gawang Harimau Selatan sehingga JDT dibelasah Urawa Reds Diamonds, 0-5 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Selain kekalahan besar itu, faktor usianya juga menjadi kerisauan penyokong dan mempersoalkan adakah dia mampu menjadi kubu terakhir JDT.

Syihan Hazmi diyakini mampu menggantikan tempat Farizal selepas pemain itu terpilih menjadi benteng terakhir Harimau Malaya sewaktu menentang Bangladesh bagi saingan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023.

2) Selangor FC

Selepas dikhabarkan bakal mengambil dua pemain kebangsaan Faisal Halim dan Ahmad Khuzaimi Piee, adalah tidak mustahil juga Selangor FC akan membuat kejutan untuk menyambar Syihan Hazmi.

Gergasi Merah merekodkan empat kekalahan berturut-turut dalam perlawanan kebelakangan ini dan prestasi hambar pasukan itu dikaitkan dengan aksi tidak konsisten penjaga gol utama mereka.

WhatsApp Image 2022-08-25 at 6.14.35 PM

Satu cleansheet sebanyak aksi di pentas Liga Super musim 2022. — Agensi

Khairulazhan Khalid yang juga penjaga gol kebangsaan pada tahun ini terpalit dengan kecaman teruk apabila menerima ejekan ‘Keeper Selangor memang sampah’ kerana membiarkan gawang dibolosi 5-1 sewaktu aksi menentang JDT pada Jun lalu.

Dibandingkan dengan Syihan Hazmi, penjaga gol Selangor hanya merekodkan satu cleansheet sepanjang aksi di pentas Liga Super musim 2022.

Manakalah pemain NSFC itu merekodkan enam cleansheet sepanjang Liga Super musim 2022 setakat ini.

3) Kelantan FC

Perasaan pulang ke kampung halaman bakal mengiringi Syihan Hazmi sekiranya dia menyarung jersi Kelantan FC pada musim 2023.

WhatsApp Image 2022-08-25 at 6.14.19 PM

Antara barisan pemain Kelantan FC musim 2022. — Facebook TRW

Seperti ketahui, pemain yang berasal dari Kelantan itu juga pernah beraksi bersama skuad The Red Warriors (TRW) pada musim 2016-2017 dan pastinya tiada masalah buatnya mencipta keserasian bersama pasukan itu.

Dijangka memberikan saingan sengit, persediaan skuad Kijang Emas untuk kembali ke dalam kancah Liga Super musim depan akan memerlukan kepakaran Syihan Hazmi untuk menjaga gawang.

4) Kedah Darul Aman (KDA) FC

Mencatat enam kekalahan dalam 14 perlawanan bagi saingan Liga Super, KDA FC juga dijangka membuat rombakan besar-besaran pada musim depan.

WhatsApp Image 2022-08-25 at 6.14.02 PM

Tahun 2022 merupakan musim ketujuh Ifwat Akmal bersama KDA FC. — Facebook KDA FC

Antara pemain yang digesa untuk segera meninggalkan Kedah ialah penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim dan penyokong turut mencadangkan Syihan Hazmi untuk menggantikaan tempatnya.

Ifwat Akmal yang sertai Kedah sejak 2016 berjaya membawa Sang Kenari menjulang Piala FA 2017 dan 2019 namun prestasinya dikatakan kian merosot sejak kebelakangan ini.

5) Sabah FC

Sabah FC merupakan antara pasukan yang paling awal dikhabarkan bakal mengambil beberapa pemain bagi memperkukuh pasukan itu pada musim depan.

Lebih menarik jika skuad Sang Badak berjaya mengekalkan menjadi naib juara liga, Sabah FC akan menempah slot ke kejohanan Piala AFC buat kali pertamanya.

WhatsApp Image 2022-08-25 at 6.13.23 PM

Khairul Fahmi dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik Malaysia selama empat tahun berturut-turut (2010-2013). — Agensi

Dengan umur penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat yang berusia 33 tahun itu pasti merisaukan penyokongnya sama ada tonggak Sabah FC itu bakal kekal konsisten menjaga gawang pada musim depan.

Jika Syihan Hazmi menggantikan tempat bekas penjaga gol kebangsaan berkenaan, pemain berketinggian 1.85 meter itu bakal berjumpa jurulatih lamanya, Datuk Ong Kim Swee.

Untuk rekod, Syihan merupakan salah seorang pemain yang dibawa ke Piala Asia B-23 pada tahun 2018 di bawah kendalian Kim Swee.

6) Penang FC

Menduduki kedudukan terbawah dalam saingan Liga Super 2022, Penang FC pasti memerlukan khidmat Syihan Hazmi untuk menjaga gawang bagi mengembalikan kepercayaan penyokong Haria Penang Haria kepada Harimau Kumbang.

WhatsApp Image 2022-08-25 at 6.14.51 PM

Antara pemain Penang FC. — Facebook Penang FC

Meskipun memiliki tiga penjaga gol seperti Syafiq Afifi, Khatul Anuar dan bekas pemain Perak FC, Hafizul Hakim untuk menjadi benteng terakhir namun penyokong masih tidak berpuas hati dengan prestasi ketiga-tiga penjaga gawang Harimau Kumbang.

Jika Penang FC berjaya merekrut Syihan Hazmi pasti membawa khabar gembira buat penyokong setianya yang semakin penat dengan prestasi hambar ketiga-tiga penjaga gol Penang FC tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram