KEDAH Darul Aman (KDA) bakal kembali mengharungi saingan Liga Super, selepas kali terakhir mereka beraksi pada awal bulan Ogos ketika menentang Sri Pahang.
Bagi pertemuan pada Rabu, mereka bakal berhadapan cabaran getir berdepan Sabah yang dilihat berada dalam momentum terbaik ketika ini dalam saingan Liga Super.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sudah pastinya mahu terus menggenggam tiga mata dalam usaha untuk terus merapatkan jurang bersama pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT).
Manakala Kedah pula, mereka perlu mencatat keputusan positif dalam misi untuk mengembalikan keyakinan penyokong di laman sendiri.
Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman itu, Kedah dilihat mempunyai sedikit kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun di ruangan komen penyokong Sang Kenari seperti sudah tidak mempercayai pasukan sendiri.
Penyokong Kedah dikatakan seperti tidak mempercayai pasukan sendiri. — Agensi
"Biarkan Sabah menang, tiga mata boleh rapatkan lagi kedudukan liga dengan JDT," kata Potong Ranting.
"Dengan prestasi sekarang, barisan pemain tempatan dan import setaraf Liga FAM, dengan fitness yang tak cukup untuk bersaing, adalah sukar untuk pasukan Kedah," jelas Aloq Staq Mari.
"Ayuh Sabah FC semoga cipta kemenangan di tempat lawan, Baddrol Bakhtiar dengan Rizal Ghazali jangan malu-malu nak buat gol pula," luah Aziqq Pyan.
"Pulun Sabah pulun, Kedah pasti kalah," tulis Farid Timur Barat.
Baddrol menyertai pasukan Sabah pada musim 2022 daripada KDA FC. — Agensi
Perlawanan pada Rabu menyaksikan bekas kapten Kedah kembali ke negeri jelapang padi sebagai pemain lawan selepas bertahun-tahun beraksi di situ sebelum ini sebagai legenda kelab.
Pasukan Kedah kini menghuni tangga kelapan dalam Liga Super manakala skuad Sang Badak menduduki tempat kedua dibezakan empat mata di belakang JDT. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram