Kontrak disambung tapi penyokong Penang selamba cakap lepas, 'Kami tak mau Zainal'


  • Podium
  • Sabtu, 13 Ogos 2022

Penyokong Penang tidak berpuas hati tentang kedudukan Zainal sebaga ketua jurulatih musim hadapan. — Facebook

PIHAK pengurusan Penang FC pada Jumaat mengumumkan sudah melakukan rombakan terkini keahlian jawatankuasa pemilihan pemain Liga Super dan Liga Simpanan bagi musim hadapan.

Lebih menarik, persoalan mengenai kedudukan Ketua Jurulatih Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan terjawab apabila pihak pengurusan mengumumkan kontrak beliau disambung sehingga 2023.

Walaupun mengalami prestasi yang tidak konsisten dalam Liga Super serta kekalahan besar kepada Johor Darul Takzim (JDT) di Piala FA, Zainal masih mendapat kepercayaan pihak pengurusan Harimau Kumbang.

Nyata pengumuman yang dibuat oleh pihak pengurusan Penang FC melalui laman rasmi Facebook pasukan itu menghadirkan rasa ketidakpuasan hati penyokong Penang tentang kedudukan Zainal sebaga ketua jurulatih.

298343499_479669297319209_3026737244292794736_n

Zainal masih mendapat kepercayaan pihak pengurusan Harimau Kumbang. Facebook

"Kami tak mahu Zainal Abidin Hassan jadi ketua jurulatih, long ball itu nanti sampai bila-bila akan ada dengan dia," luah Uzair Fauzi.

"Mana yang perubahan itu? Technical Director orang sama,head coach orang sama, mohon kekalkan player yang sama senang nak jadi bahan kelakar dalam Liga Super," kata Muhamad Zulhamizan Zahari.

"Habislah macam ini, harap yang pilih pemain coach Manzoor Azwira, kalau Zainal Abidin masuk campur nampak gaya bungkuslah musim depan," ujar Saiful Izuwan.

"Kami tak mahu Zainal, rosak nanti bola sepak Penang FC," jelas Azrizal Azizi.

"Falsafah Zainal dengan coach Manzoor tak sama, dengan prestasi sekarang tak patut kekalkan Zainal. Yusri Che Lah lebih mirip dengan apa yang coach Manzoor nak bawa," tulis Dzumalin Faisal.

Baru-baru ini Penang tewas 2-3 kepada Negeri Sembilan(NSFC) selepas skuad Hobin Jang Hobin bangkit daripada ketinggalan di laman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram