Dikenal pasti, TMJ dedah gambar, MyKad dalang cetus kekecohan


  • Podium
  • Sabtu, 13 Ogos 2022

TINDAKAN yang dilakukan oleh TMJ mendapat respons positif rata-rata penyokong bola sepak. — Awani

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menyampaikan sepatah dua kata kepada “penjaga” penyokong Perak FC yang dipercayai dalam kalangan 'casual'.

Menerusi satu muat naik story Instagram, TMJ memaparkan gambar hantaran Facebook Munawer Si Puntum Umar yang ingin hadir ke Stadium Pasir Gudang, Johor pada Sabtu untuk berjuang demi pasukan tersayang.

Screenshot 2022-08-13 at 10-22-38 (11) Facebook

TMJ memaparkan gambar hantaran Facebook Munawer Si Puntum Umar. Facebook

Hantaran tersebut turut disertai kapsyen oleh TMJ menjelaskan penyokong berkenaan tidak perlu takut dengan polis dan 'Inter Johor Firms' (IJF) namun menasihatkan agar berhati-hati dengan “benda lain”.

“Di Johor ini jangan takut polis, jangan peduli dengan IJF, tapi jaga-jaga dengan benda lain yang tak nampak."

TMJ turut memuat naik gambar kad pengenalan atau MyKad yang dikaburkan dipercayai milik sekurang-kurangnya sembilan individu dipercayai terlibat dalam beberapa siri keganasan bola sepak di Malaysia.

WhatsApp Image 2022-08-13 at 10.38.47 AM

Tangkap layar Insta story TMJ. Instagram

Tindakan yang dilakukan oleh TMJ mendapat respons positif rata-rata penyokong bola sepak yang mahukan individu melakukan provokasi ini dibanteras supaya kejadian sebelum ini tidak berulang lagi.

"Itu dia jangan bagi lepas orang-orang macam ini, tangkap sahaja dan bawa hadap ke muka pengadilan," kata Aiman Haziq.

"Sepatutnya Liga Malaysia wajibkan tunjuk kad pengenalan sebelum beli ticket, supaya senang sikit nak banned individu “away” atau “home” dari datang stadium," ujar Ahmad Fazli.

"Bagus TMJ, buat kerja siap post gambar IC lagi," tulis Alif Fidaiy.

"Tindakan terpuji dari TMJ, tak cakap banyak terus tunjuk IC muka-muka yang pernah buat hal dekat Johor, gertak sikit diorang itu jangan selalu fikir nak buat provokasi sahaja," luah Mhd Fahmi.

Sebelum ini perlawanan melibatkan pasukan Kelantan dan Perak di Kota Bharu, Kelantan telah dicemari insiden pergaduhan yang mana terdapat beberapa provokasi dilakukan sesetengah peminat sehingga menimbulkan kemarahan penyokong tuan rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Johor DT, TMJ, Penyokong Perak, Casual, Instagram