Sedia gempur musim depan, ini 6 pemain impian penyokong Sri Pahang


  • Podium
  • Jumaat, 12 Ogos 2022

Berada di kedudukan kelima, skuad Tok Gajah itu hanya mengumpul 17 mata. — Facebook Sri Pahang FC

KEPUTUSAN melantik legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih interim baharu Sri Pahang FC merupakan keputusan yang tepat.

Mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut berjaya membuktikan bahawa skuad Tok Gajah dibawah kendalian yang betul dan penyokong kini mula menaruh harapan buat Dollah.

Berada di kedudukan kelima, skuad Tok Gajah itu hanya mengumpul 17 mata, dengan memperoleh lima kemenangan usai 14 perlawanan Liga Super yang telah berlangsung.

Pencapaian Dollah itu sememangnya mengembirakan penyokong namun demi mengukuhkan lagi kedudukan pada saingan Liga Super, mereka mencadangkan beberapa nama pemain yang perlu dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.

Berdasarkan komen di media sosial, berikut merupakan antara pemain impian yang dicadangkan penyokong Sri Pahang pada musim hadapan:

1) Irfan Zakaria

irfannn

Irfan Zakaria juga sebelum ini pernah bermain bersama Kedah Darul Aman FC. — Facebook FAM

Pemain Kuala Lumpur City (KL City) FC ini merupakan calon yang sesuai diambil oleh pengurusan Sri Pahang bagi mengukuhkan bahagian pertahanan pada saingan musim hadapan.

Meskipun peranan utamanya adalah sebagai pemain tengah bertahan tetapi jejaka berusia 27 tahun itu juga boleh bermain sebagai bek tengah.

Irfan Zakaria antara pemain The City Boys yang turut membantu membawa Kuala Lumpur ke peringkat akhir Piala Zon Asean saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

2) Haziq Puad

haziq

Ahmad Haziq bermain bersama Felda United pada 2019-2020. — Agensi

Ahmad Haziq Ahmad Puad merupakan seorang pemain Melaka United yang kini bermain sebagai bek tengah atau bek sayap untuk pasukan dibawah kendalian Mohd Asri Ninggal.

Berketinggian 1.8 meter, pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara watak utama dalam pasukan Kelantan, Felda United dan terkini skuad Hang Tuah.

3) Kamal Azizi

kamal

Kamal mula menganggotai KL City FC pada 2021. — Facebook KL City

Seorang lagi pemain pertahanan skuad The City Boys yang perlu direkrut Sri Pahang pada musim hadapan adalah Muhammad Kamal Azizi Mohamad Zabri ataupun dikenali sebagai Ayah dalam kalangan rakan-rakannya.

Selain mempertahankan kubu Terengganu selama tiga musim, pemain berusia 28 tahun itu juga sering menjadi kesebelasan utama skuad Warga Kota termasuklah pada peringkat kejohanan Piala AFC.

4) Ryan Lambert

ryan

Persembahan cemerlang pemain tengah KL City ini sentiasa menjadi bualan peminat bola sepak tempatan. — Facebook KL City

Pemain tengah kacukan Australia-Malaysia Kuala Lumpur City, Ryan Lambert itu merupakan antara pemain penting dalam kempen cemerlang Kuala Lumpur baik dalam saingan Liga Super mahupun kejohanan lain seperti Piala Malaysia.

Sebelum bersama KL City, pemain berusia 23 tahun itu bermain bersama kelab Belanda iaitu Achilles '29 dan FC Den Bosch dan berhijrah ke Malaysia pada 2021.

5) Kenny Pallraj

kenny

Kenny Pallraj berhijrah ke KL City pada 2021. — Facebook KL City

Sebelum menganggotai KL City FC, Kenny Pallraj memulakan kerjaya bola sepaknya bermain untuk pasukan remaja Perak sebelum dia menandatangani kontrak dengan Harimau Muda pada 2015 dan beraksi dalam Liga S Singapura.

Selama menabur bakti bersama The Bos Gaurus, bintang berusia 21 tahun itu dikenali dengan kekentalannya selaku pemain tengah bertahan di atas padang.

6) Filemon Anyie

filemon

Berhijrah ke PJ City pada 2019, sehingga kini Filemon Anyie merupakan pemain utama skuad itu. — Facebook PJ City

Filemon Anyie kini bermain selama hampir tiga musim bersama kelab Petaling Jaya (PJ) City sebagai pemain pertahanan.

Pemain berasal Miri, Sarawak itu memulakan kerjaya bola sepaknya bermain untuk pasukan remaja Sarawak pada 2017 sebelum memulakan kerjaya seniornya bersama Perak FC II. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram