Kontroversi penalti gagal cipta peluang Gergasi Merah ke pentas final


  • Podium
  • Ahad, 07 Ogos 2022

Selangor tewas menerusi sepakan penalti 4-2 dalam perlawanan separuh akhir Piala FA kepada Terengganu.

SKUAD Gergasi Merah meneruskan badi kekalahan bertemu Terengganu apabila ditewaskan pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti dengan kiraan 4-2 dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada Sabtu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Pertembungan itu bagaimanapun menyaksikan perlawanan seimbang antara kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan sebaik sepak mula bagi memburu gol pembukaan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke-23 menerusi tolakan Nor Hakim Hassan yang menyempurnakan hantaran Quentin Cheng dari sebelah kanan.

Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu terus menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan.

297268843_474888337976233_8765717101775653759_n

Kedua-dua pasukan masing-masing tidak menunjukkan kepenatan apabila rancak silih berganti memburu gol kemenangan. Facebook

Sehinggalah pada minit ke-34 apabila pasukan Terengganu diberikan sepakan penalti oleh penjaga garisan selepas pemain pertahanan Selangor, Shahrul Nazeem didakwa mengasari Faisal Halim dalam kotak penalti.

Namun sepakan penalti itu dibatalkan oleh pengadil bertugas selepas berbincang bersama penjaga garisan sehingga mendatangkan kemarahan penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Bersambung babak kedua, Terengganu tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-49 hasil gerakan solo yang dilakukan oleh Faisal Halim sebelum melakukan kuisan yang menghadirkan jaringan gol.

Kedua-dua pasukan masing-masing tidak menunjukkan kepenatan apabila rancak silih berganti memburu gol kemenangan bagi melayakan diri ke peringkat akhir final Piala FA 2022 sehingga wisel penamat.

297533788_474888341309566_6733903433328114508_n

Aliff Haiqal gagal membantu pasukan Selangor mencari gol kemenangan. Facebook

Perlawanan yang memasuki masa tambahan bagaimanapun berlangsung agak perlahan apabila menyaksikan beberapa pemain mengalami kecederaan hingga membawa kepada pertukaran pemain.

Tiada jaringan disempurnakan sepanjang masa tambahan sekali gus tiupan wisel pengadil menandakan perlawanan diheret ke sepakan penalti yang akhirnya dimenangi Terengganu sekali gus membawa mereka layak ke pentas akhir bertemu JDT nanti.

Di media sosial pula, penyokong Selangor meluahkan rasa kecewa apabila corak pemainan skuad Gergasi Merah yang tidak menggunakan kelebihan gol awal untuk memenangi perlawanan.

"Apa nak jadi dengan pasukan Selangor dah ada peluang bermain di halaman sendiri kelebihan gol tapi semua itu disiakan-siakan sahaja," kata Harith Amri.

"Game malam ini memang berintesiti tinggi, tapi basic shooting itu tak ada, lepas itu susah untuk hidu peluang gol, banyak peluang dibazirkan," ujar Ikmal Amri.

"Pihak pengurusan dah boleh kot kalau nak tukar ketua jurulatih yang baru, asyik benda sama sahaja yang jadi, luah Sofi Akmal.

Perlawanan akhir ini menjadikan aksi saingan yang mencabar buat Nafuzi Zain dalam kariernya sebagai pengendali Terengganu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

selangor, terengganu, penalti, piala fa