
BAGI peminat setia permainan video DOTA, tiket The International DOTA 2 kini boleh dibeli mulai pada 13 Ogos ini.
Buat pertama kalinya, pertandingan permainan video antarabangsa DOTA itu akan berlangsung di negara Asia Tenggara yang mana Singapura dipilih menjadi hos bagi kejohanan kali ini.
The International DOTA 2 akan berlangsung selama empat minggu berturut-turut dengan hampir 30 pasukan dari seluruh dunia menyertai kejohanan itu yang akan menjadi acara DOTA terbesar setakat ini.
The International 11 akan dibahagikan kepada dua acara dengan Playoffs bermula pada 20-23 Oktober dan membawa empat pasukan terakhir untuk ke final. — Agensi
Penjualan tiket akan bermula pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) dengan had lima tiket seorang. Pembeli yang berada di Singapura boleh mendapatkan tiket mereka secara pos.
The International 11 akan dibahagikan kepada dua acara dengan Playoffs bermula pada 20-23 Oktober dan membawa empat pasukan terakhir untuk ke Finals dengan harga RM280+ sehari.
Ini bermakna, anda perlu membeli empat tiket untuk keempat-empat hari.
Pada kejohanan The International DOTA 2 yang lalu pasukan The Spirit berjaya memenangi pertandingan itu. — Agensi
Finals akan membawa empat pasukan terakhir yang akan berentap untuk Aegis of Champions.
Grand Final akan bermula pada 29-30 Oktober di Stadium Tertutup (Indoor Stadium), Singapura dengan tiket berharga RM1600+.
Satu tiket boleh digunakan untuk kedua-dua acara pada hari tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram