Skuad ragbi negara bikin Scotland cemas


  • Podium
  • Sabtu, 30 Jul 2022

Malaysia akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan bertemu Tonga, Ahad, sebelum menghadapi pusingan penentuan kedudukan.

SKUAD ragbi 7's negara sempat menghadirkan cemas kepada Scotland menerusi dua 'try' dalam babak pertama pertemuan Kumpulan B sebelum terpaksa akur dengan kekalahan 12-50, di Stadium Coventry, Coventry, England pada Sabtu.

Skuad kendalian Saizul Hafifi Noor itu turun selaku pasukan kerdil tetapi tidak mudah luntur semangat sekalipun tunduk 46 tanpa balas kepada juara dunia, Afrika Selatan, pada hari pertama Sukan Komanwel Birmingham.

Azwan Zuwairi Zizi menyempurnakan satu try dan satu 'conversion' sebelum Amalul Hazim Hazim Nasaruddin menambah pungutan mata buat skuad Bunga Raya untuk mengakhiri separuh masa pertama 12-26.

Namun, sebaik Scotland memperkemaskan permainan, tiada ruang lagi buat pasukan negara menokok mata yang menyaksikan Jake Henry mencatat tiga try sementara Lee Jones dua try.

Malaysia akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan bertemu Tonga, Ahad, sebelum menghadapi pusingan penentuan kedudukan. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram