ATLET angkat berat, Aniq Kasdan berjaya mengatasi tekanan apabila menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di Birmingham, England pada Sabtu.
Pemain berusia 20 tahun itu menduduki tempat kedua selepas angkatan 'snatch' dengan berat 107kg di belakang Sargar Sanket Mahadev dari India, yang mengangkat 113kg.
Bagaimanapun, nasib malang menimpa pemain India itu apabila dia mengalami kecederaan dalam rutin 'clean' dan 'jerk'.
Atlet India itu mengangkat 135kg dan tidak dapat mengankat dua cabaran seterusnya untuk mencapai jumlah 248kg.
Susulan kegagalan lawannya itu, Aniq berjaya mengambil peluang dengan baik dan berjaya mencipta rekod baharu dengan angkatan keseluruhan 249kg dan sekali gus menyumbang pingat pertama untuk Malaysia.
Pingat perak dimenangi atlet India Sanket Mahadev Sargar dengan angkatan keseluruhan 248kg manakala gangsa menjadi milik Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka dengan melakukan 225kg. —The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram