Penat, tiada 'match fitness' punca Penang FC ambil kesempatan ke atas Sri Pahang


  • Podium
  • Isnin, 25 Jul 2022

Antara babak perlawanan pemain Pahang ketika menentang Penang pada Sabtu. — Facebook/ Sri Pahang FC

KEKALAHAN 2-5 Sri Pahang FC ke atas Penang FC, sekali gus melayakkan skuad Haria Penang Haria mara ke separuh akhir Piala FA pada Sabtu.

Pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang itu, skuad Tok Gajah bermula cemerlang dengan mendahului 2-0, sebelum Penang bangkit menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Sri Pahang yang beraksi dengan sembilan pemain pada masa tambahan sukar menyekat kebangkitan Penang, yang meledak tiga gol lagi untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Meskipun menyifatkan pemain Pahang sudah memberi persembahan terbaik pada separuh masa pertama, namun Dollah Salleh berkata, kecergasan mereka pada separuh masa kedua menurun selepas Pahang mendahului 2-1.

Dollah yang baru mengambil alih jawatan sebagai pengendali Pahang itu tidak menolak kemungkinan bahawa, gol pertama dijaringkan oleh Penang itu ternyata menghampakan anak buahnya.

template - 2022-07-24T220936.327

Dollah mengakui anak buahnya sudah memberi persembahan terbaik pada separuh masa pertama.

"Saya cuma rasa terkilan sedikit dengan pemain-pemain yang macam putus asa.

"Di samping itu, ditambah pula mereka penat dan nampak 'match fitness' (kecergasan perlawanan) tiada. Itu yang saya nampak kelemahan pada kita (Pahang). Dan di situlah Penang ambil advantage (kesempatan)," katanya kepada Majoriti.

Ketika ditanya mengenai perancangan dalam perlawanan seterusnya, Dollah berkata, beliau dan beberapa jurulatih lain sedang cuba mencari kaedah bagi meningkatkan match fitness para pemain meskipun masa terlalu singkat.

"Sebab Rabu ni ada perlawanan dengan Selangor. Jadi, agak sukar. Tapi, saya percaya game (perlawanan) dengan Penang ini sedikit sebanyak dapat membantu penambahan dari segi match fitness untuk perlawanan dengan Selangor nanti," katanya.

Sri Pahang berada pada kedudukan ke-11 Liga Super ketika ini menerusi dua kemenangan daripada 11 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram