De Paula beri nasihat 'kasar' buat bintang baharu JDT


  • Podium
  • Isnin, 25 Jul 2022

Ting diperkenalkan sebagai pemain JDT pada jendela perpindahan musim kedua. — Facebook JDT

TONGGAK pertahanan baharu Johor Darul Takzim (JDT), Daniel Ting membuat kejutan pada laman Instagram beliau apabila menghantar gambar lamanya sewaktu menyarung jersi bekas pasukannya musim lalu.

Hantaran gambar yang dikirim Ting itu bukan hanya mengejutkan penyokong, malah mencuit hati rakan sepasukannya iaitu Guilherme de Paula.

Mana tidaknya, setelah sekian lama meninggalkan Kuala Lumpur (KL) City FC, beliau baru membuat ucapan penghargaan buat pasukan The City Boys.

WhatsApp Image 2022-07-25 at 11.28.08 AM

Tangkap layar kiriman Ting pada laman Instagram.

"Sudah lama tetapi Terima kasih kepada semua di Kuala Lumpur City tahun lepas. Musim yang sangat luar biasa untuk menjadi sebahagian daripada KL City," ucapnya.

"Padam hehehehheh, awak bersama JDT sudah bodo* hehehehe," balas De Paula pada ruang komen Instagram Ting.

Terdahulu, Ting meninggalkan KL City FC selepas menabur bakti selama semusim bersama pasukan itu.

Aksi cemerlang bersama Kl City FC, pemain kacukan Malaysia-England itu berjaya membantu pasukan tersebut memenangi Piala Malaysia 2021 menewaskan JDT 2-0.

Pemain itu sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila kontraknya ditamatkan oleh KL City atas alasan beliau enggan mengambil suntikan vaksin susulan peningkatan kes Covid-19.

Ting berhijrah ke JDT pada jendela perpindahan kedua musim ini bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Mauricio Dos Santos yang meninggalkan kelab itu setelah empat tahun menyarung jersi Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram