Brad Maloney tinggalkan FAM sebab dapat tawaran lain?


  • Podium
  • Rabu, 13 Jul 2022

Maloney bangga dengan apa yang dicapai anak buahnya dalam tempoh yang singkat semasa mengendalikan Harimau Muda. — Agensi

BRAD Maloney akhirnya dilepaskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara selepas sesi mesyuarat yang diadakan pada Rabu, lapor Harimau Malaya.

Menurut FAM, keputusan itu dicapai oleh kedua-dua pihak selepas Maloney hadir ke Wisma FAM bagi membentangkan laporan prestasi skuad B-23 negara pada Sukan SEA Vietnam Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 pada Jun.

Maloney bagaimanapun berkata, dia bangga dengan apa yang dicapai anak buahnya dalam tempoh yang singkat semasa mengendalikan mereka.

Menurut Maloney, di bawah kendaliannya Malaysia berjaya layak ke Piala Asia B-19 dengan memenangi semua perlawanan dan juga layak ke Piala Asia B-23 sebagai juara kumpulan tanpa melepaskan sebarang gol.

Dalam pada itu, beliau tidak memberi komen tentang kedudukan barisan kejurulatihan lain terutama pembantunya, Khan Hung Meng.

Jurulatih kelahiran Australia itu, setakat ini tidak mempunyai rancangan untuk melatih kelab Liga Super tetapi tidak menolak kemungkinan sudah mempunyai tawaran daripada pasukan lain.

Terdahulu, jurulatih berusia 50 tahun itu bermula sebagai penolong jurulatih B-23 pada 2014 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan sejak tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram