Penyokong trauma, rasa sakit tengok De Paula main lagi teruk berbanding putus cinta


  • Podium
  • Isnin, 13 Jun 2022

De Paula masih menjadi pilihan utama, Pan-gon untuk membantu jentera serangan Harimau Malaya. — Facebook

AKSI yang dipamerkan De Paula pada Sabtu berdepan Bahrain ternyata tidak disenangi oleh peminat dan dia juga menjadi sasaran kemarahan penyokong di laman sosial. Lebih teruk apabila rata-rata penyokong Harimau Malaya menyifatkan kemasukannya telah ‘mencacatkan’ jentera serangan negara untuk memburu gol.

Dalam perlawanan menentang Bahrain, De Paula dimasukkan untuk menggantikan Darren Lok pada minit ke-60 yang menyaksikan tempo perlawanan dilihat berubah dengan kurangnya ancaman dari bahagian serangan Malaysia.

Bersama pasukan kebangsaan De Paula melakukan 12 penampilan serta menjaringkan dua gol menerusi jaringan penalti sejak dinaturalisasikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2021.

created by InCollage

Pemain berusia 35 tahun ini berjaya menjaringlan gol buat pasukan kebangsaan sejak 2021 — Facebook

Dikhabarkan De Paula masih menjadi pilihan utama ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon untuk membantu jentera serangan Harimau Malaya bagi mendapatkan tiga mata penuh bertemu Bangladesh pada Selasa.

Di ruangan komen peminat seakan-akan trauma dengan kehadiran De Paula di dalam permainan baharu Harimau Malaya dan rata-rata penyokong merasakan dia merupakan beban buat skuad negara.

WhatsApp Image 2022-06-13 at 2.03.54 PM

Komen orang ramai berkenaan prestasi semasa De Paula. Facebook

"De Paula masuk hancur terus tempo permainan, sekarang ini kita nak kemenangan kalau De Paula masuk ibarat kita menempah kekalahan, tak mampu dah rakyat Malaysia nak tunggu berpuluh-puluh tahun lagi untuk layak secara merit ke piala Asia," tulis Roseha Bundle.

"Dia tak sepatutnya menyarung jersi kebangsaan, dia tak cukup bagus seperti yang kita harapkan apatah lagi sebagai 'status' naturalisasi dan berdasarkan apa yang dia persembahkan setakat ini," kata Sook Ree Husin.

"Secara jujurnya, dia memang dah tak diperlukan lagi. Boleh bayangkan Arif Aiman yang lebih kecil itu boleh lawan 'opponent' dan menang dengan pemain yang lebih besar tinggi lampai," jelas Farah Raziah.

"Wahai penyokong Harimau Malaya selepas ini jangan bagi harapan lagi dah dekat De Paula, kita bagi peha dia nak betis pula, kalau tengok dia main rasa sakit itu lagi teruk dari putus cinta," ujar Firdaus Wan Jr.

Malaysia Bahrain

Pan-gon berdepan misi wajib menang ke atas Bangladesh bagi mencerahkan peluang layak ke Piala Asia secara merit. — Facebook

Menjadi persoalan ramai adakah Pan-gon akan terus memberi kepercayaan kepada De Paula turun beraksi bertemu pasukan Bangladesh yang mana merupakan perlawanan penting buat Harimau Malaya?

Kekalahan pada Sabtu menyaksikan skuad Harimau Malaya bimbingan Pan-gon berdepan misi wajib menang ke atas Bangladesh bagi mencerahkan peluang menamatkan penantian selama 15 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.

Selepas dua perlawanan, Bahrain kini di tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata manakala Malaysia dan Turkmenistan masing-masing mengutip tiga mata di tempat kedua dan ketiga manakala Bangladesh tercorot tanpa mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram