PASUKAN kebangsaan ditewaskan pada minit-minit akhir perlawanan menerusi jaringan penalti akibat tindakan terburu-buru Farizal Marlias yang menjatuhkan pihak lawan di dalam kotak penalti pada minit ke-80 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu.
Sepakan penalti diberikan pengadil apabila penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) itu menjatuhkan Ali Jaafar Madan (Bahrain) dalam usaha menyelamatkan keadaan selepas dia terlepas menangkap bola di udara.
Situasi tersebut pernah dilakukan oleh Farizal semasa pasukan Harimau Malaya bertandang ke Bahrain pada 2021 ketika perlawanan persahabatan antarabangsa yang mana menyaksikan pasukan negara tewas 0-2.
Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon sebelum ini menyasarkan tujuh mata bagi layak secara merit ke Piala Asia 2023, tetapi dengan kekalahan pada Sabtu keadaan itu bukan lagi dalam kawalan Harimau Malaya.
Farizal menyarung jersi kebangsaan sejak 2008 semasa dibawah bimbingan bekas jurulatih kebangsaan B. Sathianathan. — Facebook
Di dalam ruangan komen media sosial Facebook, peminat bola sepak beranggapan Farizal terlalu selesa dan sudah lama menjadi penjaga gol utama di benteng terakhir Harimau Malaya sehinggakan dia sering melakukan kesilapan berulang.
"Tidak pernah belajar dari kesilapan dan dah terlalu selesa, tolong rehatkan dia dulu guna penjaga gol yang lain," kata Liz Othman.
"Memang daftar satu penjaga gol sahaja ke? Kalau tak nak guna atau tak yakin dengan 'keeper' lain, tak perlu membazir bawa sampai tiga empat orang," jelas Hizamuzaki Samsun.
Manakala, seorang peminat bola sepak Yamin Aswat di dalam Facebook, menyatakan Pan-gon sepatutnya memberikan peluang kepada Syihan Hazmi kerana prestasinya di dalam Liga Malaysia bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) sangat cemerlang.
"Tolong bagi peluang dekat Syihan Hazmi, ia kerana fakta dan data tidak pernah menipu, dia mempunyai rekod paling tinggi dalam Liga Super buat aksi menyelamat cubaan gol pihak lawan," tulisnya.
Rekod peratus aksi menyelamat yang dilakukan oleh Syihan itu adalah 81 peratus dalam tujuh penampilannya. — Instagram
Sebagai rekod Syihan tampil dengan sangat cemerlang bersama NSFC sehingga menjadi antara kunci utama Negeri Sembilan menampilkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Super musim ini.
Penyedia statistik persendirian, Data Sukan mengeluarkan statistik ringkas ketiga-tiga penjaga gol kebangsaan ketika ini.
Berdasarkan data ringkas itu, Syihan memiliki rekod yang boleh menjadi rujukan Pan-gon untuk membuat pilihan penjaga gol terbaik buat pasukan kebangsaan bagi berdepan Bangladesh pada Selasa (14 Jun).
Ini kerana, rekod peratus aksi menyelamat yang dilakukan oleh penjaga gol Hobin Jang Hobin itu adalah 81 peratus dalam tujuh penampilannya, tertinggi di kalangan mereka bertiga.
Farizal jauh ketinggalan dengan hanya 70 peratus aksi menyelamat dilakukan dalam hanya tiga perlawanan yang tersenarai kedua terbaik dalam senarai.
Pemain berusia 35 itu menyarung jersi kebangsaan sejak 2008 semasa dibawah bimbingan bekas jurulatih kebangsaan B. Sathianathan.
Kekalahan pada Sabtu menyaksikan skuad Harimau Malaya bimbingan Pan-gon berdepan misi wajib menang ke atas Bangladesh bagi mencerahkan peluang menamatkan penantian selama 15 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.
Selepas dua perlawanan, Bahrain kini di tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata manakala Malaysia dan Turkmenistan masing-masing mengutip tiga mata di tempat kedua dan ketiga manakala Bangladesh tercorot tanpa mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram