Pasukan wanita Jang Hobin JDT versi perempuan


  • Podium
  • Ahad, 12 Jun 2022

Antara aksi pemain Negeri Sembilan FC menentang FMW FC pada saingan Liga Wanita Nasional 2022.

AMAT jarang untuk sebuah pasukan wanita bola sepak di Malaysia mendapat perhatian oleh para penyokong kerana rata-rata penggmar sukan itu hanya berfokus pada saingan Liga Super dan Liga Premier.

Namun kali ini, pasukan bola sepak wanita Negeri Sembilan FC meraih perhatian apabila berjaya membenam FMW FC 23-0 pada perlawanan Liga Wanita Nasional 2022 pada perlawanan yang diadakan d Padang Dataran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) A, Ahad.

Menerusi hantaran Facebook, Persatuan Bolasepak Negeri Semmbilan (PBNS) menulis keputusan penuh dan senarai nama pemain yang berjaya menjaringkan gol pada perlawanan menentang FMW FC.

poster

Poster kemenangan Negeri Sembilan ke atas FMW FC.

Menang besar pasukan itu mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak Malaysia sehingga ada menyamakan pasukan itu dengan skuad Johor Darul Takzim (JDT) dalam versi wanita.

"Ini JDT versi wanita," komen penyokong, Awal Syawal pada hantaran itu.

"FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) hantar budak-budak ini sajalah wakil bola sepak wanita. Nak tengok hebat atau tidak," kata Mie Jly yang mencadang supaya mereka direkrut menjadi pemain kebangsaan.

"Tahniah atas kemenangan tapi agak agak lah control lah gol tu sikit.. Ini macam saja nak malukan pihak lawan... Kasihannya," kata Zaharuddin Yusof Zaharuddin yang tidak bersetuju dengan permainan itu.

Negeri Sembilan FC merupakan antara tujuh pasukan dalam Zon Selatan yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Pasukan lain yang mengambil bahagian dalam Zon Selatan adalah DCL FC, FMW FC, Kluang Kickers FC, Melaka United, MSN Melaka dan PDRM FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram