PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) menafikan akan kembali menandatangani bekas pemain import mereka, Gonzalo Cabrera sebagai pemain naturalisasi seperti diperkatakan banyak pihak selama ini.
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam kenyataannya pada Selasa berkata, pasukan JDT tidak akan mendaftarkan Cabrera pada jendela perpindahan kedua musim ini sebagai status naturalisasi selepas melepaskannya pada musim lalu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan JDT. — Facebook
"Kelab telah membuat keputusan untuk tidak menandatangani Cabrera kerana Malaysia Football League (MFL) mempunyai peraturan bahawa pemain naturalisasi bukan warisan perlu menjadi warganegara Malaysia untuk lima tahun.
"Oleh itu, JDT mengambil keputusan untuk tidak menandatangani Cabrera memandangkan beliau akan berusia 38 tahun selepas lima tahun tersebut," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sepanjang beraksi bersama pasukan Harimau Selatan, Cabrera telah membuat 90 penampilan serta 57 jaringan gol sejak mewakili pasukan JDT pada 2017.
Selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan JDT, kebanyakkan peminat bola sepak kecewa apabila ramai berhajat untuk menyaksikan kelibat pemain kelahiran Argentina itu menyarung jersi Harimau Malaya.
"Sayangnya, Gonzalo Cabrera itu salah satu pemain yang banyak membantu JDT mendapatkan kemenangan dan piala, tapi tak apa, mungkin dia boleh kembali menjadi jurulatih JDT nanti," tulis Hezrond Habel Harry.
"Sedihnya, Cabrera banyak sumbangan dekat JDT tapi tiba-tiba dia senyap sahaja musim ini, semoga ada berita yang baik buat Cabrera," kata Encik Idham.
"Baru nak tengok gandingan baharu Harimau Malaya, sekurang-kurangnya kita tahu yang Cabrera ini masih hebat dan 'perform' walaupun usia dia dah masuk 33 tahun, bukan macam De Paula," ujar Nik Afiq.
"Lee Tuck dengan Aguero elok sahaja nak dinaturalisasikan dengan Sri Pahang, kenapa Cabrera tak boleh?," soal Nasir.
Cabrera telah membuat 90 penampilan serta 57 jaringan gol sejak mewakili pasukan JDT pada 2017. — Facebook
Cabrera menjadi salah seorang pemain import terbaik yang pernah dimilik oleh pasukan JDT sejak di bawah pengurusan TMJ apabila dia menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang masa buat pasukan Harimau Selatan itu.
Sepajang beraksi bersama JDT, Cabrera berjaya membantu JDT memenangi Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram