Penyokong Gergasi Merah rindukan aura keramat, apakah nasib Stadium Shah Alam?


  • Podium
  • Rabu, 08 Jun 2022

Keadaan terkini Stadium Shah Alam selepas dua tahun tidak diselenggara.

APABILA bersembang tentang Stadium Shah Alam, banyak kenangan nostalgia menggamit penyokong bersama stadium keramat bagi pasukan Selangor dan skuad kebangsaan itu.

Tidak keterlaluan menganggap Stadium Shah Alam sebagai rumah kedua buat pasukan Harimau Malaya selepas Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kerana di situ berlakunya pelbagai perlawanan antarabangsa melibatkan beberapa kelab ternama dan pasukan kebangsaan berbeza.

f63087ff378b52539e31372a60c4f444.jpg=s600

Kejohanan Asia Challenge Cup 2020 merupakan pertandingan terakhir yang di langsungkan di Stadium Shah Alam. — Facebook

Perlawanan membabitkan pasukan Selangor menentang pasukan Bangkok United (Thailand) di Stadium Shah Alam merupakan aksi terakhir buat stadium yang sudah menjangkau usia 28 tahun itu.

Hampir dua tahun tidak digunakan dan diselenggara oleh mana-mana pihak berwajib, penyokong bola sepak khususnya pasukan Selangor sudah pasti merindukan suasana kemeriahan di stadium tersebut.

WhatsApp Image 2022-06-08 at 11.29.32 AM

SSFC meluahkan rasa kecewa dengan keadaan semasa Stadium Shah Alam. — Facebook

Laman Facebook Selangor Soccer Fan Club - SSFC dalam satu hantaran mempersoalkan nasib stadium keramat bagi pasukan Selangor selepas terdapat desas-desus mengatakan pihak kerajaan akan baik pulih stadium tersebut pada tahun ini.

"Selepas lima bulan di tahun 2022, apakah nasib Stadium Shah Alam yang dikatakan stadium keramat bagi pasukan Selangor, stadium yang banyak mengamit pelbagai kenangan bagi pasukan dan juga penyokong.

"Adakah stadium ini akan hilang dari peta Selangor selepas ini? Bersama-bersama kita saksikan kesudahan yang tiada penghujung ini," jelas hantaran itu.

Kenyataan SSFC disambut oleh majoriti netizen kerana penyokong bola sepak merindukan aura dan suasana di Stadium Shah Alam yang mana pernah menjadi venue perlawanan berprestij seperti final Piala Malaysia.

"Pasukan Selangor perlu bermain di Shah Alam, aura dan tenaga berada di stadium itu di sana kita menikmati kemenangan dan meratapi kekalahan bersama, sorakan dan adrenalin dan atmosfera buatkan pasukan lawan gerun untuk bertemu kita," kata Zul Yusoff.

"Sedih tengok keadaan stadium yang dulunya saya pernah jejak bila mana setiap kali ada perlawanan membabitkan pasukan Selangor," jelas Suria Wati.

"Berdasarkan tempat yang strategik, rasanya mereka akan kekalkan keputusan untuk naikkan apartment atau kediaman di kawasan itu dan akan membina stadium di tempat lain dengan skala lebih kecil," ujar Geledekan Gesot.

"Dengan kos RM200 juta untuk kerja-kerja baik pulih termasuk penggantian bumbung baharu, pendawaian elektrik dan lain-lain lebih baik robohkan sahaja stadium ini dan buat stadium baharu," Mohd Safrizal.

Shah_Alam_Stadium

Banyak kenangan penyokong bola sepak bersama stadium keramat bagi pasukan Selangor dan skuad kebangsaan. — Facebook

Terdahulu, kerajaan negeri memberi jaminan akan menyelesaikan masalah kerosakan membabitkan Stadium Shah Alam selepas tular beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan keadaan semasa Stadium Shah Alam seperti 'terbiar' dengan keadaan rumput yang panjang tanpa diselenggara.

Namun memasuki pertengahan 2022, masih belum ada sebarang perkembangan terkini berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram