PENGURUS pasukan kebangsaan Mesir, Ehab Galal, mendedahkan bahawa bintang Liverpool, Mohamed Salah, telah bermain dalam kecederaan ketika negaranya meraih kemenangan 1-0 ke atas Guinea, pada Isnin.
Salah beraksi sepanjang perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang menyaksikan The Pharaohs menang menerusi gol lewat Mostafa Mohamed.
Selepas perlawanan pertamanya mengendalikan Mesir sejak mengambil alih daripada Carlos Queiroz, Galal menjelaskan Liverpool pernah meminta Salah menjalani x-ray terlebih dahulu sebaliknya pemain itu sendiri yang menolaknya.
Liverpool pernah meminta Salah menjalani x-ray terlebih dahulu sebaliknya pemain itu sendiri yang menolaknya. — Agensi
"Salah mengalami kecederaan dan menanggungnya ketika beraksi," katanya kepada KingFut.
"Dia menolak permintaan Liverpool untuk menjalani x-ray sebelum perlawanan ini dan sekarang dia akan menjalaninya."
"Salah mengalami kecederaan dan menanggungnya ketika beraksi," katanya kepada KingFut.
"Dia menolak permintaan Liverpool untuk menjalani x-ray sebelum perlawanan ini dan sekarang dia akan menjalaninya."
Mesir akan menentang Ethiopia pada Jumaat dalam satu lagi perlawanan kelayakan AFCON sebelum mengadakan perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan, pada Selasa (14 Jun). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram