KONAMI telah mengumumkan yang eFootball akan ditambah dengan mode Master League pada tahun 2023 sebagai kandungan tambahan (DLC) berbayar.
Berita ini diumumkan dalam satu ciapan yang berkongsikan perkembangan dan perancangan terbaharu Konami untuk video permainan bola sepak mereka itu.
Konami bagaimanapun masih belum mengumumkan harga untuk DLC Master League tersebut.
Konami berkongsikan perkembangan dan perancangan terbaharu mereka untuk video permainan eFootball. — Twitter
Bagi yang tidak tahu, eFootball merupakan penyambung kepada siri Pro Evolution Soccer (PES) dan ia adalah sebuah 'game' percuma yang memfokuskan kepada 'online multiplayer'.
Konami sebelum ini sudah pun mendedahkan yang mode Master League ia sememangnya akan dijual secara berasingan, cuma pada ketika itu masih belum mendedahkan bilakah ia akan dilancarkan, sehinggalah pada Selasa.
eFootball merupakan penyambung kepada siri Pro Evolution Soccer.
Sebagai sebuah game bola sepak yang mempunyai legasi yang panjang dengan mode Master League, penundaan ini tentunya sesuatu yang mengecewakan pemain.
Terdahulu, Konami telah pun mengumumkan bahawa versi 1.1.0, yang akan keluar pada Khamis (2 Jun), akan menaik taraf beberapa isu seperti keputusan menang dan kalah perlawanan dalam talian, kapasiti pengguna dan menetapkan asas untuk keserasian antara konsol dan versi mudah alih baharu eFootball.
Kemas kini 1.0.0 eFootball pada April telah menandakan pelancaran rasminya percubaan pasukan pembangunan Konami untuk "mendapatkan semula kepercayaan" pemain selepas versi pra-keluaran yang teruk dikecam oleh pemain selepas dilancarkan pada bulan Oktober 2021. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram