
VERSI baharu untuk Playstation 5 (PS5) dan Xbox Series dilaporkan akan dilancarkan sekitar tahun 2023 atau 2024.
Perkara ini didedahkan oleh satu syarikat elektronik dari China, TCL Technology dalam satu pembentangan, lapor Tom Henderson.
PS5 Pro dan Xbox Series yang baharu dijangka dikeluarkan pada tahun 2023 atau 2024. — Twitter
Dalam pembentangan tersebut, kita dapat lihat bagaimana mereka membandingkan setiap generasi konsol dari PS4/Xbox One, PS4 Pro/Xbox One S/X, PS5/Xbox Series dan akhir sekali PS5 Pro/Xbox Series baharu dengan output masing-masing.
Menurut perbandingan itu, PS5 Pro dan Xbox Series yang baharu dijangka dikeluarkan pada tahun 2023 atau 2024, yang akan membawakan sokongan resolusi native 8K dan 120hz.
Perkembangan ini tentunya membuatkan orang ramai tidak senang duduk, terutamanya mereka yang masih belum berpeluang untuk memiliki konsol generasi terkini itu.
Walaupun sudah lebih setahun ia dilancarkan, konsol keluaran Playstation itu masih belum mencukupi stok di pasaran.
PS5 tidak lama lagi akan mengeluarkan rekaan semula dari segi 'hardware' dan bukanlah versi 'Pro' seperti yang didakwa. — Twitter
Walaubagaimanapun,wartawan Jeff Grubb berkata, PS5 akan mendapat 6nm 'refresh' tidak lama lagi, yang mana akan menggunakan penyejukan yang lebih rendah, seterusnya akan mempertingkatkan pembuatan serta lebih menjimatkan kos.
Grubb juga percaya yang PS5 tidak lama lagi hanya akan mengeluarkan rekaan semula dari segi 'hardware' sahaja, dan bukanlah versi 'Pro' seperti yang didakwa.
Malah, ada juga yang percaya bahawa PS5 versi seterusnya itu mungkin hanyalah versi 'slim'. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram