TikTok ingin 'takluk' dunia gaming


  • eSports
  • Khamis, 26 Mei 2022

TikTok dilaporkan sedang merancang untuk masuk ke dalam gelanggang gaming secara besar-besaran. — Agensi

SYARIKAT TikTok dilaporkan telah menjalankan ujian percubaan di Vietnam bagi membolehkan pengguna bermain permainan video dalam aplikasi perkongsian video di TikTok.

Menurut laporan Reuters, syarikat itu mungkin akan mengembangkan teknologi ini ke pasaran lain.

Pelan itu bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pengguna pada aplikasi serta menghasilkan pengiklanan dengan membenarkan pengguna bermain permainan mini yang dijalankan pada HTML5 dalam aplikasi popular itu.

Tik Tok 3

TikTok sering menguji dan membawa permainan HTML5 ke dalam aplikasinya dengan kerjasama pembangun pihak ketiga. Agensi

ByteDance, yang memiliki TikTok dan berpangkalan di Beijing,China sedang merancang untuk melancarkan lebih banyak permainan di seluruh wilayah lain di Asia Tenggara.

"Kami sentiasa mencari cara untuk memperkayakan platform kami dengan sering menguji ciri dan integrasi baharu yang membawa nilai kepada komuniti kami," kata wakil TikTok kepada Reuters.

Namun, wakil tersebut tidak mengulas mengenai sebarang rancangan untuk membawa perkhidmatan permainan ke pasaran di luar Vietnam.

Wakil itu juga berkata, syarikat itu telah pun menguji dan membawa permainan HTML5 ke dalam aplikasinya dengan kerjasama pembangun pihak ketiga seperti Zynga yang terkenal dengan permainan dalam talian seperti Words with Friends dan FarmVille.

Disco Tik Tok

Disco Loco 3D merupakan ciri permainan yang mirip seperti Temple Run dan Subway Surfer. Agensi

November lalu, Zynga mengumumkan pelancaran Disco Loco 3D, permainan pelari tanpa penghujung seperti Temple Run dan Subway Surfer.

Douyin, iaitu TikTok versi China yang juga dimiliki oleh ByteDance, telah membenarkan pengguna bermain permainan dalam aplikasi itu sejak 2019.

Langkah itu mengikuti trend serupa daripada gergasi teknologi lain yang ingin berkembang dalam ruang permainan. Netflix baru-baru ini melancarkan permainan pada platform penstrimannya pada November tahun lepas, dengan menggunakan rancangan utamanya Stranger Things. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram