2022 akan menjadi tahun yang tidak dapat dilupakan oleh ramai peminat sukan. Banyak acara sukan antarabangsa yang akan bermula setelah ditangguhkan akibat pandemik melanda dunia.
Ramai atlet terkemuka Malaysia termasuk pemain badminton perseorangan Lee Zii Jia akan bertanding dalam pelbagai acara antarabangsa tahun ini. Perkara itu memberi kita lebih banyak alasan untuk menyokong para atlet dalam usaha mereka membawa kegemilangan kepada negara.
Tambahan lagi, perlawanan akhir Piala Dunia FIFA di Qatar turut diadakan pada hujung tahun ini yang akan bermula dari 12 November hingga 18 Disember.
Di bawah merupakan grafik interaktif tentang beberapa acara sukan penting yang perlu diberi perhatian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram